Wednesday, March 4, 2015

Percaturan Allah

Harini 4 Mac 2015 around 4.45 pagi aku terjaga dari tido. Maybe panas antara salah satu faktor aku terbangun. Pusing sana pusing sini , mata taknak lelap sambung nak tido balik still tak boleh. Dah alang2 bangun nak tahajud pun tak boleh sebab bendera merah kan. Zikir la sikit2. *nasib teringat nak zikir, kalau tak melepas gitu je 'tahajud' aku. hahaha

Dalam pukul 5 pagi tiba2 ada notification group whatsapp masuk. Mulanya biar je sebab ingatkan dak2 kelas aku dok melayan dota pagi2 buta. So, aku try la nak lelapkan mata tapi still tak boleh.Tiba2 tergerak hati nak baca whatsapp tadi. Bukan noti dari group dak2 kelas aku tapi budak rumah aku. Diorang terkunci dalam bilik. Sorang tu tak tahan nak buang air. Aku terus call dia bilik mana *alkisahnya tak kenal budak2 rumah. kikiki then terus pegi kat bilik dia. 

Try guna kad cam aku slalu buat kalau tertinggal kunci, tapi xbleh pastu guna kunci plak mana tahu bleh bukak dari luar. Kunci tu dah unlock tapi still ada benda sekat. Aku pun tak tahu nak buat apa dah dengan otak mamai gitu. Diorang kata try rempuh. Aku terfikir, uishh boleh ke nak rempuh ni? Hahaha. Then aku gunakan segala tenaga zahir dan batin aku merempuh pintu bilik tu sekuat hati. Dalam 5,6 kali aku hempas badan aku kat pintu tu baru la bukak. Tengok kat tempat kunci tu, holder tempat lock tu dah terkeluar. Patut la xbleh pakai kad.  

Budak yang nak buang air tu terus meluru g toilet. wuuuu, aku tahu perasaan dia. Kalau aku, mau nak menangis tu. Yela, kau bayangkan kalau xde sape2 langsung yang bangun then xde langsung yang baca whatsapp tu, maunya barai dalam tu jugakkk. Huuu

Dah sudah semua aku balik bilik pastu baring. Terfikir. Hebatnya percaturan Allah. Kenapa bila aku dah terjaga aku takboleh langsung nak lelapkan mata dan macam mana hati aku boleh tergerak nak baca whatsapp tu. Hebat. Allahuakbar dan aku sebak. Macamtu skali Allah dah susun apa yang akan berlaku. Kalau aku senang je lelap lepas terjaga tadi, maybe barai kat dalam bilik tu jugak. 

Walaupun cuma nak tolong orang yang tak tahan buang air terkunci dalam bilik sendiri ni macam takde apa, tapi aku terfikir kalau ada emergency case dalam situasi yang sama bila2 masa nanti, aku tahu apa yang aku nak buat. Dan yeahh, i'm glad and felt very glad sebab aku orang yang terpilih untuk terjaga dan untuk tolong budak2 bilik tu :D

Disebabkan aku mengibarkan bendera merah, aku try sambung tido lepas aku terfikir semua tadi. dalam 5.45 camtu aku terlelap. Subuh  masuk 6 suku time ni. nak mandi pukul 5 setengah tu cam awal sangat. Sebab kelas aku pukul 11. so, aku pun buat keputusan sambung tido balik. *perangai la plak. hahahaha

Ok dah, babai. Muahciked. Hahahaha

Sunday, February 15, 2015

Sharing

Salam sejahtera salam satu Malaysia. Balqis datang lagi!

Boleh la kalau nak kata buang tebiat sebab datang balik tulis blog ni haa. Haha. Oh my, ada yang stalk ke walau dah bertahun tinggal blog ni? Yes, ada. Hahahaha

Act, i don’t really have many point nak tulis kat blog ni just want to make a little reminder for those yang rajin sangat curahkan perasaan kat media sosial. Hello, no! I tak jeles hokey. Tak kuasa langsung. For me, apa yang buat awak rasa sedih, apa yang buatkan awak rasa terlalu excited, yang buat awak rasa disayangi , dicintai bagaikan awak berada diawang-awangan tu maybe not a really good idea untuk share kat umum. Boleh share tapi tak lah terlalu emosional.

I’m just read one of my facebook’s friend blog yang dia share dekat post facebook so kita ni saje nak meloyakan diri dengan membaca apa yang dah terjangka. Oh jahat sikit perangai. Hahaha. But, the main point is i just want to remind all of u kan, so jangan buat haaa. *oh bajet macam sejuta orang baca blog kau , balqis. Whatever  and another troll face. Hahaha

Dalam blog tu, ayat2 cinta dia, ayat2 yang sangat jiwang ok. Suka duka, sedih pedih, dugaan dan ujian selama 1 year of loving each other. Tu anniversary 1 year la tu haa. Jiwang ke tak, dia punya pasal. Cuma, in my opinion kalau awak nak jiwang jangan dishare dengan orang ramai sebab takut boleh jadi bahan kutukan. Tapi kalau nak share jugak, maybe something yang boleh attract pembaca dengan cerita2 yang lebih interesting. Kalau nak bercerita, lebih sesuai untuk blog bukan untuk disetiap post facebook anda ok! I warn u! haha


Alright! That’s it. Bye