Thursday, April 18, 2013

ain amira

Assalamualaikum :)

seminggu ni aku pergi training under company kat megan avenue dekat dekat dengan KLCC. hari ni hari keempat. saje pegi. bosan hidup duduk kat office. haha.

smalam lepas training melepak jap dengan asnida kat kl sentral. baru jumpa last week tapi banyak betul cerita masing2. nampak tak? comel kan kitorang. *sila muntah* haha

tak lama tu my housemate call. cakap nak datang kat tempat aku. actually before tu dia ajak gi teman dia beli barang sebab dia nak tunang bulan 6 ni. best kan? tapi aku tak boleh join sebab training habis lambat. dia sebaya ngan aku tu. excited gila dia nak tunang. excited dalam hati je la. muka cool. haha. mana tak excitednya, tiba tiba je tau dia plan. sebab dia dengan lelaki tu baru je bertemu kembali dalam dua tiga minggu ni. kira boleh tahan la jugak mengejut dia. huhu. sebelum ni tak confirm sebab takut ayah dia tak setuju tapi alhamdulillah dua dua belah pihak setuju. yeayyy..!! ^^v

diorang ikat dalam setahun ke setahun setengah pastu insya'allah akan diijab kabulkan. tak sabar nya nak tengok haaa.

so nak dijadikan cerita , aku pun teman la dia dengan bakal tunangnya pergi beli barang2 hantaran kat KLCC. total semua sekali campur campur yang beli petang smalam punya lagi lebih 3K tuuuu. last sekali nak beli kasut , debit kad tak lepas la pulak. dah over limit ke hape ke tak tahu la. harga kasut tu RMXXX.40. aku awal awal cakap boleh tolong bayarkan yang 40 sen tu je. hehe. then kononnya nak pergi keluarkan duit kat ATM machine pastu kad tak disah kan plakkk. terbiar je la kasut bonia ain kat kaunter tuu. haha

habis cerita. takde cerita dah. tak boleh cerita lebih. hehe


buat ain amira :

Semoga dipermudahkan segalanya. jangan lupa jaga batas pergaulan sebelum jadi suami isteri. semoga hubungan dibawa ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat :')

No comments:

Post a Comment