Thursday, April 18, 2013

ain amira

Assalamualaikum :)

seminggu ni aku pergi training under company kat megan avenue dekat dekat dengan KLCC. hari ni hari keempat. saje pegi. bosan hidup duduk kat office. haha.

smalam lepas training melepak jap dengan asnida kat kl sentral. baru jumpa last week tapi banyak betul cerita masing2. nampak tak? comel kan kitorang. *sila muntah* haha

tak lama tu my housemate call. cakap nak datang kat tempat aku. actually before tu dia ajak gi teman dia beli barang sebab dia nak tunang bulan 6 ni. best kan? tapi aku tak boleh join sebab training habis lambat. dia sebaya ngan aku tu. excited gila dia nak tunang. excited dalam hati je la. muka cool. haha. mana tak excitednya, tiba tiba je tau dia plan. sebab dia dengan lelaki tu baru je bertemu kembali dalam dua tiga minggu ni. kira boleh tahan la jugak mengejut dia. huhu. sebelum ni tak confirm sebab takut ayah dia tak setuju tapi alhamdulillah dua dua belah pihak setuju. yeayyy..!! ^^v

diorang ikat dalam setahun ke setahun setengah pastu insya'allah akan diijab kabulkan. tak sabar nya nak tengok haaa.

so nak dijadikan cerita , aku pun teman la dia dengan bakal tunangnya pergi beli barang2 hantaran kat KLCC. total semua sekali campur campur yang beli petang smalam punya lagi lebih 3K tuuuu. last sekali nak beli kasut , debit kad tak lepas la pulak. dah over limit ke hape ke tak tahu la. harga kasut tu RMXXX.40. aku awal awal cakap boleh tolong bayarkan yang 40 sen tu je. hehe. then kononnya nak pergi keluarkan duit kat ATM machine pastu kad tak disah kan plakkk. terbiar je la kasut bonia ain kat kaunter tuu. haha

habis cerita. takde cerita dah. tak boleh cerita lebih. hehe


buat ain amira :

Semoga dipermudahkan segalanya. jangan lupa jaga batas pergaulan sebelum jadi suami isteri. semoga hubungan dibawa ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat :')

Wednesday, April 10, 2013

Cinta

Assalamualaikum :)

Hari ni ana nak menulis tentang fitrah manusia iaitu cinta :)

Ramai yang tahu apa itu cinta. Ramai yang tahu macam mana nak sebut cinta. dan ramai yang tahu macam mana nak luahkan rasa cinta. tapi ramai tak yang tahu apa cinta yang sebenarnya? Haaaa

Sifat cinta itu suci, mahal, sempurna dan tinggi tarafnya. cinta yang sebenar ialah cinta yang tidak cacat atau dicacatkan.

Cinta itu :-
- Wujud sejak dilahirkan
- Bersedia
- Indah
- Mengharap balasan 
- Menakluki
- Mengetahui 
- Hidup
- Suci
- Mempesona

Bila disebut tentang cinta , semua akan terbayang couple yang berpegang tangan yang sweet sweet gitu tapi hakikat cinta itu kalau kita fikirkan balik cinta dan couple itu adalah dua perkara yang berbeza. cinta tu tak salah  dan diharuskan yang salah dan haram itu adalah couple yang buat perkara perkara haram. Nampak tak beza dia? :)

Utamakan cinta kepada Allah dan RasulNya , family dan sahabat. Bila dah tiba masanya barulah cintakan pasangan masing2 yang bergelar suami isteri. Semuanya Lillahitaala :)

Take Care ;)