Thursday, February 28, 2013

Al Fatihah

Assalamualaikum

Malam tadi keluar makan dengan dak dak rumah , dapat notification fb , izzat mention nama kat satu post. ingat post apa , sekali bukak bukak, post berbunga sikit. pastu ada 'al-fatihah' dan ada tag nama member sekolah lama aku masa lower form dulu. mula mula aku blur , tertanya tanya gak sape yang meninggal ni. dua kali aku baca still blur then aku bukak fb member sekolah lama aku. ramai yang post sedekahkan 'al-fatihah' dan "semoga tenang di sana."

Aku baca balik post tadi , baru lah aku faham. sahabat lama satu sekolah dulu , dah kembali kepada penciptanya. aku rasa aku cam blur blur before tu maybe terkejut sebab dia baru je add fb aku kot. aku pun lambat approved. then before before ni dalam hujung sem lepas dia dapat dari mana entah nombor aku , selalu gak mesej tapi aku balas jarang jarang pastu nak taknak plak. baru hari tu pun dia ada text aku tapi cam nak taknak je reply. pastu dia cakap , "takpe lah nanti text lagi nak siap - siap pergi solat jumaat". Itu lah yang terakhirnya.

Bila semalam dapat tahu dia dah pergi mengadap Ilahi , aku rasa cam sebak sikit. serba salah ohh aku tak balas text text dia. kalau balas pun nak taknak je. Gila tak serba salah. entah entah dia sakit hati ke. macam mana aku nak mintak maaf? -.-

p/s : Rahman , semoga tenang bertemu Pencipta yang Esa. Semoga semuanya husnul khatimah. Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempat bersama orang orang yang beriman. Takde seorang pun yang akan terkecuali dari 'mengikut jejak langkah kau' :) 

Ni berita kemalangan arwah dalam myMetro SINI

1 comment: