Thursday, February 28, 2013

Al Fatihah

Assalamualaikum

Malam tadi keluar makan dengan dak dak rumah , dapat notification fb , izzat mention nama kat satu post. ingat post apa , sekali bukak bukak, post berbunga sikit. pastu ada 'al-fatihah' dan ada tag nama member sekolah lama aku masa lower form dulu. mula mula aku blur , tertanya tanya gak sape yang meninggal ni. dua kali aku baca still blur then aku bukak fb member sekolah lama aku. ramai yang post sedekahkan 'al-fatihah' dan "semoga tenang di sana."

Aku baca balik post tadi , baru lah aku faham. sahabat lama satu sekolah dulu , dah kembali kepada penciptanya. aku rasa aku cam blur blur before tu maybe terkejut sebab dia baru je add fb aku kot. aku pun lambat approved. then before before ni dalam hujung sem lepas dia dapat dari mana entah nombor aku , selalu gak mesej tapi aku balas jarang jarang pastu nak taknak plak. baru hari tu pun dia ada text aku tapi cam nak taknak je reply. pastu dia cakap , "takpe lah nanti text lagi nak siap - siap pergi solat jumaat". Itu lah yang terakhirnya.

Bila semalam dapat tahu dia dah pergi mengadap Ilahi , aku rasa cam sebak sikit. serba salah ohh aku tak balas text text dia. kalau balas pun nak taknak je. Gila tak serba salah. entah entah dia sakit hati ke. macam mana aku nak mintak maaf? -.-

p/s : Rahman , semoga tenang bertemu Pencipta yang Esa. Semoga semuanya husnul khatimah. Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempat bersama orang orang yang beriman. Takde seorang pun yang akan terkecuali dari 'mengikut jejak langkah kau' :) 

Ni berita kemalangan arwah dalam myMetro SINI

Tuesday, February 26, 2013

Me

Assalamualaikum :)

Pagi yang gelap , kini sudah terang. Tadi hujan , ni panas plak. ngantok duduk dalam office ni haa. haha.
*sedut oxygen* Alhamdulillah. nasib baik ada lubang hidung , boleh hirup udara segar ni untuk teruskan hidup. Alhamdulillah jugak sebab Allah masih izinkan untup hirup udara yang Dia bagi ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :')

Aku rasa senang hati sekarang walaupun penat praktikal. masuk pukul 9 balik pukul 6.30 then sampai umah dah pukul berapa pulak kan. Tapi itu lagi bagus daripada free , relaks tak buat keje pape tapi hati tak tenteram  :)

Kenapa? sebab aku rasa *rasa je lah dah tak sakitkan hati sape sape dan takde orang yang nak sakit hati sama aku lagi. Kalau masih ada , please forgive all my mistakes. Just get your new life and forget what i'll have done to you.


Take Care :)

Thursday, February 14, 2013

Aku

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah , hidup lagi hari ni. Allah bagi lagi masa suruh buat amal. Tapi nama lagi manusia , mesti ada masa yang di sia sia kan. Allah , banyaknya dosa aku. Sayu je hati bila teringat berapa banyak dosa lalu. Kau ampunkan aku tak, Ya Allah? Layak tak aku dapat pengampunan Kau? :'(

Aku selalu terfikir satu benda ni. Camne aku nak survive hidup bila mak aku dah takde nanti? Sape yang nak doakan untuk aku bila mak aku dah takde nanti? Boleh tak kalau aku nak 'pergi' dulu sebelum mak aku 'pergi'? Tapi amalan tak banyak lagi :(

#Semoga bekalan aku cukup plus extra nak bawak jumpa Allah. Nanti takde lah malu nak jumpa Dia. hee

Salam Sayang

Saturday, February 9, 2013

Luahan

Assalamualaikum :)

This week balik kampung. cuti panjang sikit daripada cuti biasa. tapi kejap je pun sebenarnya -.-

Awal-awal aku praktikal , aku dah mula senang dengan kak june. siapa? salah seorang staff kat company Abyres laa. aku suka nak berkawan dengan dia. tapi dengan yang lain pun ok je. takde hal lah. aku kan peramah. haha

Hari tu pergi lunch berdua je dengan Kak June. Tak sangka , lepas je duduk kat meja tu sambil tengah tunggu makanan dan minuman , kak june banyak nak bukak story. ingatkan kak june dah lama kat company tu. rupanya baru je beberapa bulan. tapi dalam masa beberapa bulan tu , kak june sebenarnya banyak memendam rasa , banyak termakan hati dengan staff kat sana. tapi tak lah semua staff. sedih dengar cerita dia. aku nampak sedih sangat mata kak june bila pandang aku sambil bercerita. tapi kak june tak nangis. aku tahu dia kuat :)

Be strong my sis. i know you can. such a happy go lucky women. i never know that you are really hurt inside :(

#thanks kak june , sebab beri kepercayaan nak cerita dan luah kat orang :)

#luv you sis :)

Thursday, February 7, 2013

Rasa

Assalamualaikum

Lumrah hidup , tipu kalau masing masing tak pernah terasa ngan member sendiri. But, alhamdulillah i can control myself and take it positive. Think. Yeah! Just a joke. Whisper from my heart "Make yourself sporting"  :)

Ini diri aku. Tapi tak semua orang boleh control diri. Tak semua orang boleh positivekan minda. Bila semua ni jadi , no wonder akan jadi tarik menarik muka , sakit menyakiti hati. So , bila kita try untuk mesra dengan orang menggunakan cara tersendiri , the first thing you must do is THINK BEFORE YOU SPEAK.

Kenapa? kalau aku dan diri aku sendiri , bila aku dah tak suka akan sesuatu tak kira lah apa atau siapa pun , sampai bila pun aku tak suka. buatlah baik macam mana pun. kalau aku tak suka , aku tetap tak suka. So senang je kalau dengan aku , jangan buat aku ada rasa benci. It's more than enough.

Betulkan orang kata , kalau sakit hati tu memang susah nak hilang. Tapi aku tak sakit hati pun , aku saje je tulis entri camni. Peringatan untuk diri jugak :)

Salam sayang :)

Wednesday, February 6, 2013

Tidur

Assalamualaikum :)

Hari ni ni aku buat perangai kat office. aku ingat nak saje saje letak kepala atas meja. Dalam dah nak pukul 2 dah time tu. Sekali aku terbangun tengok jam , dah pukul 2.30. takde sape pun kejut aku. malu ar aku -..-
Pastu aku gi surau , aku sambung tido. pukul 3 aku bangun. Siap mimpi lagi ok. bhaha.

Pehh , sesuka hati kan. before keluar surau , aku dah cipta alasan siap siap dah kalau ada sape sape tanya. Tapi takde sape tanya , just pandang serong je. Lantak korang la. haha.

Sakit sakit badan aku bangun tadi. dah la panas pulak tu. pape pun dapat tido tu nikmat hidup. ngehh ngehh ngehh :D 

Tuesday, February 5, 2013

Getting bored

Assalamulaikum

Makin lama aku LI/praktikal , makin aku bosan , makin aku rasa malas nak ke tempat kerja. Benda semua ni berlaku hanyalah disebabkan Joomla je sebenarnya. Sebab before hadirnya Joomla dalam hidup aku , aku rasa tenteram dan damai je nak datang office ni.

Aku tak reti la guna. Google pun kurang membantu. Youtube pun sama. Padahal before ni aku buat kerja , guna dua sahabat ni je. Tapi dengan adanya kewujudan Joomla sekarang ni , mereka sangat lah tidak membantu. aduhai oh aduhai.

Permudahkan lah , Ya Allah. Aamiin , aamiin , aamiin

:'(

Monday, February 4, 2013

Joomla ohh Joomla -.-'

Assalamualaikum 

Dah berapa hari aku dok mengadap nate Joomla ni. Noob melampau betul la tak reti guna benda alah ni. dah sebu mata aku asyik tengok laptop pasal Joomla. Pehhh , lama lagi nak kena ngadap benda ni disebabkan ini adalah project aku untuk present kat lecturer nanti. asyik mengeluh je aku kat sini *orang cakap kalau asyik mengeluh , cepat mati -.-'

Moga dipermudahkan. Aamiin :)



ni lah logo nate Joomla tu 

aduhai Joomla -..-'