Friday, June 21, 2013

:)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah dengan apa yang Allah bagi selama hari ni. ada yang suka ada yang duka. cuba terima semua tau ;)

Ada junior kptm yang bagi comment pasal assignment oop tu kan? sorry lambat reply dan sorry jugak sebab rasanya dah kemana entah assignment tu. rasanya takde dah dalam simpanan. maaf ye :)

Semalam keluar la result LI atau praktikal dan result yang terakhir bagi student diploma yang satu batch dengan aku. rata rata semua dapat 4 flat. tahniah semua. tumpang gembira :) aku? aku tak 4 flat lah. dari awal dapat tahu lecturer aku camne *tapi muka cute. hehe, aku cam dah agak la pasal result ni. dia ni straight sikit. serius nak nangis ohh bila ramai dapat 4 flat tapi aku cam tersisih plak. walaupun tak berharap dari awal lagi, tapi sedih jugak arr. tsk . tsk . tsk :'(

# tak semua perkara indah yang kita harapkan dalam hidup ni akan jadi kenyataan ...

Saturday, May 4, 2013

Selesai 3 tahun

Assalamualaikum :)

Semalam, habis sudah pengajian selama tiga tahun. Semalam berakhir sudah praktikal aku :)
Tapi aku tak setel lagi dengan praktikal ni. Dengan Logbooknya , dengan Reportnya, dengan Presentationnya. Masak jugak ni nak setel semua dalam dua minggu je. memang kena struggle betul -.-'

Ya Allah permudahkan la. Aamiin ..

Nak tulis apa lagi? ketandusan idea. okbai. haha

Thursday, April 18, 2013

ain amira

Assalamualaikum :)

seminggu ni aku pergi training under company kat megan avenue dekat dekat dengan KLCC. hari ni hari keempat. saje pegi. bosan hidup duduk kat office. haha.

smalam lepas training melepak jap dengan asnida kat kl sentral. baru jumpa last week tapi banyak betul cerita masing2. nampak tak? comel kan kitorang. *sila muntah* haha

tak lama tu my housemate call. cakap nak datang kat tempat aku. actually before tu dia ajak gi teman dia beli barang sebab dia nak tunang bulan 6 ni. best kan? tapi aku tak boleh join sebab training habis lambat. dia sebaya ngan aku tu. excited gila dia nak tunang. excited dalam hati je la. muka cool. haha. mana tak excitednya, tiba tiba je tau dia plan. sebab dia dengan lelaki tu baru je bertemu kembali dalam dua tiga minggu ni. kira boleh tahan la jugak mengejut dia. huhu. sebelum ni tak confirm sebab takut ayah dia tak setuju tapi alhamdulillah dua dua belah pihak setuju. yeayyy..!! ^^v

diorang ikat dalam setahun ke setahun setengah pastu insya'allah akan diijab kabulkan. tak sabar nya nak tengok haaa.

so nak dijadikan cerita , aku pun teman la dia dengan bakal tunangnya pergi beli barang2 hantaran kat KLCC. total semua sekali campur campur yang beli petang smalam punya lagi lebih 3K tuuuu. last sekali nak beli kasut , debit kad tak lepas la pulak. dah over limit ke hape ke tak tahu la. harga kasut tu RMXXX.40. aku awal awal cakap boleh tolong bayarkan yang 40 sen tu je. hehe. then kononnya nak pergi keluarkan duit kat ATM machine pastu kad tak disah kan plakkk. terbiar je la kasut bonia ain kat kaunter tuu. haha

habis cerita. takde cerita dah. tak boleh cerita lebih. hehe


buat ain amira :

Semoga dipermudahkan segalanya. jangan lupa jaga batas pergaulan sebelum jadi suami isteri. semoga hubungan dibawa ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat :')

Wednesday, April 10, 2013

Cinta

Assalamualaikum :)

Hari ni ana nak menulis tentang fitrah manusia iaitu cinta :)

Ramai yang tahu apa itu cinta. Ramai yang tahu macam mana nak sebut cinta. dan ramai yang tahu macam mana nak luahkan rasa cinta. tapi ramai tak yang tahu apa cinta yang sebenarnya? Haaaa

Sifat cinta itu suci, mahal, sempurna dan tinggi tarafnya. cinta yang sebenar ialah cinta yang tidak cacat atau dicacatkan.

Cinta itu :-
- Wujud sejak dilahirkan
- Bersedia
- Indah
- Mengharap balasan 
- Menakluki
- Mengetahui 
- Hidup
- Suci
- Mempesona

Bila disebut tentang cinta , semua akan terbayang couple yang berpegang tangan yang sweet sweet gitu tapi hakikat cinta itu kalau kita fikirkan balik cinta dan couple itu adalah dua perkara yang berbeza. cinta tu tak salah  dan diharuskan yang salah dan haram itu adalah couple yang buat perkara perkara haram. Nampak tak beza dia? :)

Utamakan cinta kepada Allah dan RasulNya , family dan sahabat. Bila dah tiba masanya barulah cintakan pasangan masing2 yang bergelar suami isteri. Semuanya Lillahitaala :)

Take Care ;)

Tuesday, March 19, 2013

Diagram

Assalamualaikum :)

Hari ni ada kerja. involve dalam buat proposal. waaa. suka . haha. walaupun untuk diagram je. huhu.

dah berpuluh kali ulang lagu ni , sedih plak tetiba bila dengar lagu ni. tang mana sedih pun tak tahu. haha



jemput dengar :)

Tuesday, March 12, 2013

. . .

** Habis jahat dah rasanya tu -.-' **


. .

Assalamualaikum

Alhamdulillah , thank you for another day :)

* mohon baca dengan nada yang lemah lembut , memandangkan aku ni lemah lembut orangnya. haha *

First of all , just get your life. Jalani hidup baru. buat apa nak sesak sesak kan diri kau fikirkan aku. Aku tengah tenang je skarang. bila aku dah suka hidup macam ni , semestinya aku akan cuba elak benda yang boleh sesak kan kepala aku. betul tak?

Kau bukan tak kenal aku , bila aku tak suka , memang aku tak suka dan aku pun takkan pernah cuba untuk suka dan terima benda tu. Kau kata kau kenal aku camne , jadi jangan tunggu lagi. Jangan bazirkan masa kau tunggu orang yang tak pernah hargai kau , macam aku ni haa.

Kau nampak baik aku je kan , kau tak penah nampak jahat aku camne kan. haa , ni haa aku tulis nak bagi kau nampak aku ni jahat sikit kat mata kau. Jahat tak aku? heh

p/s : kau tak nampak ke gaya kalau orang dah taknak? 

Monday, March 11, 2013

Kesanggupan

Assalamualaikum :)

Semalam agak terharu sebab Mira sanggup ohh naik KL nak jumpa aku. halamak. terharu gak ar. ke sebenarnya dia memang nak naik KL pastu alang alang jumpa aku? hmmmm. pape je la. haha

Semalam ahad malam dia sampai dari banting malam tu jugak lepas dia berjalan jalan ngan aku , dia balik banting. jauh tuuuu.  whoaaaa. haha.

Thanks Mira :)

Wednesday, March 6, 2013

Welcome

Assalamualaikum :)

Hari ni hari ke 3 Annya dapat adik :) nanti Annya jadi kakak yang baik tau.


Welcome to this world , Adam Noah :)
Semoga terdidik menjadi insan yang berguna dan soleh.

''jika seorang bayi tahu dosa yg terjadi dikalangan manusiapasti dia tidak ingin membesar..''

# May Allah always bless and protect you from a badness. Aamiin :)

Monday, March 4, 2013

Annya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah masih lagi diberi nyawa hari ni :')

Weekend lepas balik rumah babah. Lepas kerinduan kat Annya kakak sorang ni. Sian Annya demam ye. Tapi tak macam demam. joget sana joget sini. haha. Moga cepat sembuh k.


# Annya , kakak love you :)

Thursday, February 28, 2013

Al Fatihah

Assalamualaikum

Malam tadi keluar makan dengan dak dak rumah , dapat notification fb , izzat mention nama kat satu post. ingat post apa , sekali bukak bukak, post berbunga sikit. pastu ada 'al-fatihah' dan ada tag nama member sekolah lama aku masa lower form dulu. mula mula aku blur , tertanya tanya gak sape yang meninggal ni. dua kali aku baca still blur then aku bukak fb member sekolah lama aku. ramai yang post sedekahkan 'al-fatihah' dan "semoga tenang di sana."

Aku baca balik post tadi , baru lah aku faham. sahabat lama satu sekolah dulu , dah kembali kepada penciptanya. aku rasa aku cam blur blur before tu maybe terkejut sebab dia baru je add fb aku kot. aku pun lambat approved. then before before ni dalam hujung sem lepas dia dapat dari mana entah nombor aku , selalu gak mesej tapi aku balas jarang jarang pastu nak taknak plak. baru hari tu pun dia ada text aku tapi cam nak taknak je reply. pastu dia cakap , "takpe lah nanti text lagi nak siap - siap pergi solat jumaat". Itu lah yang terakhirnya.

Bila semalam dapat tahu dia dah pergi mengadap Ilahi , aku rasa cam sebak sikit. serba salah ohh aku tak balas text text dia. kalau balas pun nak taknak je. Gila tak serba salah. entah entah dia sakit hati ke. macam mana aku nak mintak maaf? -.-

p/s : Rahman , semoga tenang bertemu Pencipta yang Esa. Semoga semuanya husnul khatimah. Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempat bersama orang orang yang beriman. Takde seorang pun yang akan terkecuali dari 'mengikut jejak langkah kau' :) 

Ni berita kemalangan arwah dalam myMetro SINI

Tuesday, February 26, 2013

Me

Assalamualaikum :)

Pagi yang gelap , kini sudah terang. Tadi hujan , ni panas plak. ngantok duduk dalam office ni haa. haha.
*sedut oxygen* Alhamdulillah. nasib baik ada lubang hidung , boleh hirup udara segar ni untuk teruskan hidup. Alhamdulillah jugak sebab Allah masih izinkan untup hirup udara yang Dia bagi ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :')

Aku rasa senang hati sekarang walaupun penat praktikal. masuk pukul 9 balik pukul 6.30 then sampai umah dah pukul berapa pulak kan. Tapi itu lagi bagus daripada free , relaks tak buat keje pape tapi hati tak tenteram  :)

Kenapa? sebab aku rasa *rasa je lah dah tak sakitkan hati sape sape dan takde orang yang nak sakit hati sama aku lagi. Kalau masih ada , please forgive all my mistakes. Just get your new life and forget what i'll have done to you.


Take Care :)

Thursday, February 14, 2013

Aku

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah , hidup lagi hari ni. Allah bagi lagi masa suruh buat amal. Tapi nama lagi manusia , mesti ada masa yang di sia sia kan. Allah , banyaknya dosa aku. Sayu je hati bila teringat berapa banyak dosa lalu. Kau ampunkan aku tak, Ya Allah? Layak tak aku dapat pengampunan Kau? :'(

Aku selalu terfikir satu benda ni. Camne aku nak survive hidup bila mak aku dah takde nanti? Sape yang nak doakan untuk aku bila mak aku dah takde nanti? Boleh tak kalau aku nak 'pergi' dulu sebelum mak aku 'pergi'? Tapi amalan tak banyak lagi :(

#Semoga bekalan aku cukup plus extra nak bawak jumpa Allah. Nanti takde lah malu nak jumpa Dia. hee

Salam Sayang

Saturday, February 9, 2013

Luahan

Assalamualaikum :)

This week balik kampung. cuti panjang sikit daripada cuti biasa. tapi kejap je pun sebenarnya -.-

Awal-awal aku praktikal , aku dah mula senang dengan kak june. siapa? salah seorang staff kat company Abyres laa. aku suka nak berkawan dengan dia. tapi dengan yang lain pun ok je. takde hal lah. aku kan peramah. haha

Hari tu pergi lunch berdua je dengan Kak June. Tak sangka , lepas je duduk kat meja tu sambil tengah tunggu makanan dan minuman , kak june banyak nak bukak story. ingatkan kak june dah lama kat company tu. rupanya baru je beberapa bulan. tapi dalam masa beberapa bulan tu , kak june sebenarnya banyak memendam rasa , banyak termakan hati dengan staff kat sana. tapi tak lah semua staff. sedih dengar cerita dia. aku nampak sedih sangat mata kak june bila pandang aku sambil bercerita. tapi kak june tak nangis. aku tahu dia kuat :)

Be strong my sis. i know you can. such a happy go lucky women. i never know that you are really hurt inside :(

#thanks kak june , sebab beri kepercayaan nak cerita dan luah kat orang :)

#luv you sis :)

Thursday, February 7, 2013

Rasa

Assalamualaikum

Lumrah hidup , tipu kalau masing masing tak pernah terasa ngan member sendiri. But, alhamdulillah i can control myself and take it positive. Think. Yeah! Just a joke. Whisper from my heart "Make yourself sporting"  :)

Ini diri aku. Tapi tak semua orang boleh control diri. Tak semua orang boleh positivekan minda. Bila semua ni jadi , no wonder akan jadi tarik menarik muka , sakit menyakiti hati. So , bila kita try untuk mesra dengan orang menggunakan cara tersendiri , the first thing you must do is THINK BEFORE YOU SPEAK.

Kenapa? kalau aku dan diri aku sendiri , bila aku dah tak suka akan sesuatu tak kira lah apa atau siapa pun , sampai bila pun aku tak suka. buatlah baik macam mana pun. kalau aku tak suka , aku tetap tak suka. So senang je kalau dengan aku , jangan buat aku ada rasa benci. It's more than enough.

Betulkan orang kata , kalau sakit hati tu memang susah nak hilang. Tapi aku tak sakit hati pun , aku saje je tulis entri camni. Peringatan untuk diri jugak :)

Salam sayang :)

Wednesday, February 6, 2013

Tidur

Assalamualaikum :)

Hari ni ni aku buat perangai kat office. aku ingat nak saje saje letak kepala atas meja. Dalam dah nak pukul 2 dah time tu. Sekali aku terbangun tengok jam , dah pukul 2.30. takde sape pun kejut aku. malu ar aku -..-
Pastu aku gi surau , aku sambung tido. pukul 3 aku bangun. Siap mimpi lagi ok. bhaha.

Pehh , sesuka hati kan. before keluar surau , aku dah cipta alasan siap siap dah kalau ada sape sape tanya. Tapi takde sape tanya , just pandang serong je. Lantak korang la. haha.

Sakit sakit badan aku bangun tadi. dah la panas pulak tu. pape pun dapat tido tu nikmat hidup. ngehh ngehh ngehh :D 

Tuesday, February 5, 2013

Getting bored

Assalamulaikum

Makin lama aku LI/praktikal , makin aku bosan , makin aku rasa malas nak ke tempat kerja. Benda semua ni berlaku hanyalah disebabkan Joomla je sebenarnya. Sebab before hadirnya Joomla dalam hidup aku , aku rasa tenteram dan damai je nak datang office ni.

Aku tak reti la guna. Google pun kurang membantu. Youtube pun sama. Padahal before ni aku buat kerja , guna dua sahabat ni je. Tapi dengan adanya kewujudan Joomla sekarang ni , mereka sangat lah tidak membantu. aduhai oh aduhai.

Permudahkan lah , Ya Allah. Aamiin , aamiin , aamiin

:'(

Monday, February 4, 2013

Joomla ohh Joomla -.-'

Assalamualaikum 

Dah berapa hari aku dok mengadap nate Joomla ni. Noob melampau betul la tak reti guna benda alah ni. dah sebu mata aku asyik tengok laptop pasal Joomla. Pehhh , lama lagi nak kena ngadap benda ni disebabkan ini adalah project aku untuk present kat lecturer nanti. asyik mengeluh je aku kat sini *orang cakap kalau asyik mengeluh , cepat mati -.-'

Moga dipermudahkan. Aamiin :)



ni lah logo nate Joomla tu 

aduhai Joomla -..-'


Friday, January 18, 2013

Day 5

Assalamualaikum.

Today is the last day for this week. Tadi aku saje je sampai lambat kat office. Nak try la kononnya. alih alih , aku gak yang paling awal sampai kat department aku. Tapi , aku enjoy la praktikal kat sini. Staff semua ok walaupun belum kenal semua. Just ada sorang tu je lah , Kak Sue. Dia macam straight sikit. Tapi , nasib baik bukan department aku. So , let it go. haha. Yang pasti , department aku iaitu department teknikal tersangatlah best + sempoi + gila gila + sengal + wenggg , semua ada. Tengok lah , aku datang lambat pun , diorang lagi lambat. masuk pukul 9 , pukul 9 setengah , pukul 10 diorang datang. Nak pakai apa , pakai laa. T-shirt pun boleh. Best kan? best laaaa *aku tolong jawabkan.

Mr.Eric tak datang hari ni. Tak payah nak Mr sangat. Aku panggil dia Eric je walaupun kalau nak tengok dari usia , pangkat bapak aku dah tu. Takkan aku nak panggil Papa Eric? iyewww *muntah* So , we just call him , Eric who is my supervisor :)

Eric takde hari ni , Abang Andy sama Abang Majidi saje je perli aku "best la balqis. seronok lah tu eric takde. takde kena buat kerja". well , betul la kot , tapi i'm totally bored right now -_- . nak tido tak boleh , Encik Sulaiman ada. Sebenarnya siapa Encik Sulaiman tu , aku pun tak tahu. Maaf Encik Sulaiman. kekeke.

Aku LI kat sini  , setakat ni semua menceriakan aku. Perangai masing masing menggeletek hati aku. haha. Just takde conversation dengan Kak Malini je lagi. Dia pun cam sombong je ngan aku , so i do the same thing *jahat gila. haha. Takpe , baru seminggu aku kat sini. ada 15 minggu lagi berbaki. hehe.

tata.

Salam sayang ;)

Thursday, January 17, 2013

I am a worker

Assalamualaikum wbt :)

Today is a day 4 that i'm practical at Abyres Sdn. Bhd. Have a great supervisor and staff could release my tension. But the truth is i still shy to talk and make conversation with them. Maybe i need more days to get close to them. However, my supervisor help me a lot in many things. Just like i don't have any idea in computer knowledgement while i am a computer science student! But he still be patient with me. I feel very pygmy with him -.- Thank you Mr. Eric Yeoh.

with love :)