Saturday, December 1, 2012

kenapa perempuan ... ?

Assalamualaikum :)

* hirup udara dan oxygen * Alhamdulillah. Hari ni masih lagi boleh hirup udara Allah. Allah masih lagi bagi nyawa kat kat kita untuk terus hidup kat atas muka bumi ni. Syukran , Allah :')

Hmm. Sekarang ni , zaman yang konon konon zaman modenisasi ni sebenarnya kita semakin kembali ke zaman jahililah. kenapa? kali ni nak cerita pasal perempuan je.

Ok kenapa cakap dah kembali ke zaman jahiliah? sebab , sekarang zina itu semakin berleluasa. pembuangan bayi jugak semakin banyak. bayi dibuang macam sampah. agaknya time buang bayi tu tak fikir , dulu asalnya dia pun bayi. kalau di buang jugak macam tu dulu macam mana? Nauzubillahminzalik. Sekarang jugak , tengok perempuan perempuan berpakai. mereka berpakaian tetapi hakikatnya telanjang * agak censored ni. haha. kerana apa? semuanya ikut bentuk badan , ketat ditambah pula dengan jarang. ada yang seksi tak cukup kain , kot boleh semua benda nak tunjuk. macam la orang suka sangat nak tengok. heh. Aku tak nafikan yang aku juga pernah jahil macam ni. Tapi takde la jahil sangat. sikit laa. kira cam ada la jugak jahil tu. hehe. Dan sekarang aku masih lagi usaha untuk perbaiki diri aku. usaha usaha dan usaha. Insya'allah. Support aku mehhh. haha.

Ok , dah nampak kan macam mana senangnya perempuan tu nak masuk neraka. Rasulullah pun penah cakap , yang kaum yang paling ramai dalam neraka adalah kaum wanita. Haaa , kenapa? Ok , pada pandangan aku , perempuan ni sebenarnya complicated sikit tapi akan jadi senang je kalau pandai jaga diri dan kehormatan ditambah pulak buat apa yang Allah suruh. Haaaa. Lagi satu aurat perempuan tu jangan diambil remehh. aurat perempuan tersangat lah susah nak jaga sebenarnya. tapi macam aku cakap tadi , benda tu senang je kalau dimudahkan tapi bukan ambik mudah. haaa :)

Ok , jom follow satu story ni jap ..

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda " Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai penjadi penghuni neraka."

Seorang wanita yang cukup pintar diantara mereka bertanya " Wahai Rasulullah , kenapa kami kaum wanita yang paling ramai menjadi penghuni neraka?" Rasulullah s.a.w bersabda " Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal , daripada golongan kamu."


Wanita itu bertanya lagi " Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?" Rasulullah s.a.w bersabda " Maksud kekurangan akal itu ialah penyaksian dua orang wanita dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita yang tidak mendirikan solat pada malam malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadahan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama."


Kesimpulannya , bagi kaum perempuan , selagi boleh pulun pahala , pulun. tapi tak bermakna lelaki tak payah nak pulun pahala. lelaki pun kena la pulun pahala selagi mampu. kita hidup kat dunia ni sebab Allah. untuk beribadah kepada Allah. Haaaa. so , kena la ingat dan sedar diri dari mana kita ni datang. haaaa :D

Tapi sebenarnya perempuan ni senang je nak masuk syurga. Sebab apa? Sebab , bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga iaitu apabila isteri mengerjakan solat 5 waktu , mengerjakan puasa sebulan , memeliharan kehormatannya iaitu aurat dan mentaati suami , dia akan masuk ke syurga. Haaa. lebih kurang laa dengan Riwayat Imam Bazzar.

Haaa. Jihad perempuan pulak , tak payah pergi keluar berperang. cukup sekadar pergi menunaikan haji atau umrah bagi yang cukup syaratya.

Aishah r.a pernah tanya kepada Rasulullah , yang jihad itu sebaik baik amalan. Adakah kaum wanita tidakk boleh ikut berjihad. Haaa , ni jawapan Rasulullah : " Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik adalah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur"

Rasulullah pernah bersabda " Jihad orang yang tua , lemah dan wanita ialah menunaikan haji (an-Nasa'i)"

# Haaa , post kali ni panjang sikit kan tapi ada ilmu yang boleh diambil. hee :)

Jaga diri dan selamat beramal :)