Thursday, November 29, 2012

hobi oh hobi

Assalamualaikum :D

Hello hai hai semua..!! hoho
Semalam aku gi mancing untuk kali keduanya * baru dua kali je pun. haha untuk mengisi masa lapang yang terlebih lebih terluangnya ni. heee. Seronok bakk anggg la citer dia sebab masa 1st gi mancing , banyak ohh dapat pancing ikan. masa tu ada rasa bangga dalam diri sikit. haha.

Nak dijadikan cerita , semalam tetiba datang semangat nak gi memancing. dah tanam niat nak jadikan mancing ni hobi lah kiranya. halamakkk. haha. semalam gi memancing dapat gak banyak ikan. dapat plak dua talapia merah besar bak angg jugak. aku dengan semangatnya bawak la balik ikan ikan tu. pehhh , sampai sampai je umah , mak aku suruh siang ikang tu. Hilang terus semangat aku. Mak aiii dalam hati aku , mak aku balas dendam ke apa ni? sebab yang 1st hari tu dia yang siang ikan.. Rasa cam nak gali lubang , pastu tanam diri aku time tu gakk. serabai gila -_-

Mak aku dah bising macam apa , umur dah 20 tahun dah la , sampai bila taknak belajar buat benda tu suma , nanti camne nak buat kot tak reti siang ikan laa. elehh , aku beli ikan yang dah siap siang je la kat pasar nanti. wekkkk. haha. elehh lagi skali , mesti ramai gak yang kat luar tu tak reti siang ikan, kan kan kan?? heh

Nak taknak , aku gagahkan jugak la kaki aku melangkah sambil angkut ikan ikan yang hidup lagi dalam air tu , bawak ke dapur. lutut aku menggigil tak payah cakap la time tu * macam nak gi menempuh orang berperang plak takut eaa. haha. Giler ar , mak aku paksa macam apa. Dia pun menunjukkan cara - cara macam mana nak menyiang ikan. eeeee.. Ikan tu hidup lagi bhaii.  O.o pastu buat tarian tango plak ikan ikan tu dok bantai melompat tak berenti renti. siot punya ikan. mananya tak terkejut kejut aku. dah macam orang melatah dah hang tau. kot sakit jantung , mau mati time tu jugak tu. Serius ikan tu bongok -..-'

Aku pun memulakan la kerja kerja menyiang ikan dengan tangan menggigil. adik aku dah bantai gelak macam apa dahh. kuanjaqq. haha. Mak aku cakap , macam ni ke nak jadi askar?? panakut. bhaha.. btw , tak sangka'i nye pun yang mak aku ingat lagi cita cita terpendam di sudut hati aku. so touchhh. haha. ok , sambung balik. aku siang ikan tu dari ikan tu hidup sampai la akhirnya mati di tangan aku * aku bukan pembunuhh :(
Ikan yang last , aku dah rasa cam pening kepala. ahh , sudahh. jangan pitam tetiba sudahh. Mampuihh kena kutuk ngan mak aku nanti. haha.

Dalam aku menyiang ikan tu , aku dah tanam tekad taknak gi memancing lagi. Aduiiii. hobi baru aku tu. sadisss betul laaa. sobsss. haha

lepas aku habis siang , mak aku rendam ikan ikan tu dalam air limau nipis , pastu goreng ikan tu. citer dia , aku yang pancing ikan tu , pastu aku siang macam rasa nak gila , pastu aku makan balik ikan tu. masa makan cam rasa lain sikit ikan tu. tekak macam taknak rasa sedap plak. maybe sebab aku sendiri yang bunuh ikan tu kot. haha. citer habis disini. kbai.

taking care :D

Thursday, November 22, 2012

Wedding

Assalamualaikum :)

Selamat Pengantin Baru cousin. Halloooo..! haha
Mohd Syukri bin Zoljesli , selamat pengantin baru aku ucapkan kat kau , abang.
Sorry hari tu aku cam sombong sikit dengan kau sebab taknak tuang air mawar. Ada sebab aku tak nak tuang air mawar sama baling * pun boleh :p bunga rampai tu kat kau. Lagi pun kau sama aku pun macam tak rapat kan. segan la aku. aku kan pemalu. hihi :p



Haa. tu dia. with kak fariza yang omeyy :D


To abang :
Selamat Pengantin Baru. Harap kekal dan bahagia hingga ke jannah Allah. Dah kawen ni , kau dah jadi suami orang. banyak tanggungjawab tau. nanti jangan lebihkan isteri dari family sendiri. haaa. tak elok tu. nanti kalau isteri salah , jangan tak tegur. Aurat tak tutup , jangan tak tegur. hang yang tanggung dosa dia. haa. tapi cam lah kau baca benda ni kan. haha. Last but not least , selamat berjaya mendidik isteri dan anak anak kau. Semoga menjadi keluarga Sakinah :D

Tuesday, November 20, 2012

Sabarlah ..

Assalamualaikum.

Allahurabbi. Makin ramai yang tak berdosa mati di tangan zionis yang kejam tu. tak kira siapa pun. lelaki atau perempuan. tua atau muda. kanak kanak yang tak tahu pape pun diorang bunuh. Allah. Kejamnya diorang. Bila semua ni akan berakhir??

Sabarlah saudaraku. Ada yang lebih indah menantimu 'disana'. Teruskan perjuangan. Jangan pernah gentar berhadapan dengan senjata mereka. Apalah sangat kalau nak dibandingkan darah yang tumpah dengan syahid . Besar ganjaran kerana mati syahid. Semoga Allah sentiasa disisimu wahai saudara saudaraku.

In syaa Allah , syurga Allah menantimu :')

pergi masjid nak laungkan subuh. pulang sebagai orang mati syahid.



# To Allah we belong and to Him we return. Allahuakbar..!

Tuesday, November 13, 2012

Kuala Lumpur , aku pergi ..

Assalamualaikum :)

ni tengah lepak sorang sorang kat rumah , tanpa ada sape sape pun , hanya aku keseorangan. halamakk ayatt. haha
tengah melepak sambil meniti hari hari terakhir kat kl
Nanti mesti rindu. serius rindu.
dah last sem , baru nak rapat sana sini
perghh , cabaran hidup betul

nanti aku mula lah terbayang bayang itu ini. memory sana sini. suka duka dengan member2.
hmmm. tak terkata la nak type kat sini. satu perkara yang pasti ialah aku akan rindukan semuanya.
sangat pasti.

Nanti kita jumpa lagi , in syaa Allah. Jaga diri masing masing. 
Siapa yang aku dah kenal , tak mungkin aku lupa :')
Nak jumpa , diharap roger roger. jangan pinggirkan aku. hehe

Aku sayang kawan kawan aku tau. sayang sangat. malu plak. kbai. haha

Take Care :')