Monday, October 15, 2012

Wahai Adam

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak membalas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikatakan berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon dengan tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Inikah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauhi dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa ..

*copied

#wahai adam yang akan jadi pelengkap hidup aku nanti , bimbing dan bawalah aku ke syurga Allah.

#moga aku setabah perempuan kat atas ni :')

Salam Sayang :)


1 comment:

  1. sy tag awak utk join... :)

    http://hatikuterusik.blogspot.com/2012/10/impian-mampu-abg-stalker.html

    ReplyDelete