Thursday, October 25, 2012

Kedekut

Assalamualaikum :)

" insyaAllah..moga segala impian yg awk impikan akan menjadi kenyataan...usaha dan doa ok :') pasti impian itu tiba suatu hari nanti :') "

Haaa , nampak tak kat atas ni? ada orang bagi semangat laa. hihi. haaa , ni la kata kata semangat dari Encik HatiTerima kasih :D

Hari ni nak cakap pasal tangkai jering. tahu apa itu tangkai jering? maksud tangkai jering masa aku blajar dulu ialah orang yang kedekut  masya'Allah -.-'' Kenapa tetiba je nak citer pasal ni?? dia cam terlintas sekali lalu plak dalam akal , fikiran dan minda aku tadi. haha

Nak tanya lah sikit , best sangat ke kedekut ni ek? macam tak best je aku rasa. bukan orang suka pun kalau kedekut kedekut ni , orang menyampah lagi ada lah. Puihhhh..! haaaa , nampak tak? haha. Nanti Allah tarik rezeki tu baru tahu. Tak semua rezeki kita tu , milik kita. tu sebab adanya zakat. Tapi tak semestinya melalui zakat je :)

Aku ada satu situasi tau. Camni cerita dia *nampak awan awan kat atas :p

Aku ada sorang member , kira member baik la. duduk satu rumah , tidur satu bilik , tak tidur setilam sebab bila dia nak tidur dekat dekat je ngan aku , aku tolak dia. haha. nama dia hana (bukan nama sebenar). dipendekkan cerita , dia ada sorang pakwe atau dalam bahasa oversea boyfriend atau bahasa sekarang boyfie * dak dak sekarang. betul tak ejanya tu? tak reti aku. heh.

Dipendekkan lagi ceritanya , pernah suatu ketika dia gi date sama pakwe dia. ok , dah bosan jalan sana sini , dah tak tahu nak buat apa , dia ajak lah pakwe dia ni gi tengok wayang. Tahu apa yang terbongkar? dalam poket pakwe dia ada RM6 ringgit je beb. aduiii laa. member aku citer kat aku , naik menyirap je aku dengar. Eh , tolong la kan. jangan malukan diri sendiri. kalau takde duit , kenapa ajak keluar? aku tak tahu lah diorang tengok ke tak wayang lepas tu. lupa dah. 

Bukan sekali dua je dia ni camni , kira cam member aku support la. Diorang kalau keluar , bayar sendiri sendiri ok. jangan nak berharap la si mangkuk tu nak support kalau tak member aku tu suruh. Maksud kedekut tu boleh la di'elaborate'kan camni. haha. aku pun cakap kat si hana tu camtu , suruh je dia support. kot tak tak payah keluar. Ok, kita faham lah kat sini , yang couple tu takde apa apa ikatan pun sebenarnya. tapi , please be gentle la kan. Kau lelaki kot. takkan tak rasa malu mengaku yang kau takde duit bila dah ajak orang keluar? Ehh , tolong laa -..-

Lagi satu perangai mamat ni , dah tahu cam sengkek sikit kan , tapi nak beli barang barang branded je beb. pandang rendah kat barang barang takde brand ni. Penah skali pinjam duit member aku semata mata nak beli jacket yang harga beratus. untung la jacket harga beratus. Dalam around hundred aku boleh terima lagi. standard la kita mesti nak barang berkualiti kan. tapi kalau harga tiga empat ratus tu, boleh blaa dengan semua tu. baik aku simpan. heh. 

Senang citer , kalau dah kedekut tu buat awek kau pun menyampah tahap nak lastik dahi kau , kau rasa dia suka sangat ke dengan perangai kedekut kau tu? konon nak jimat la. nak simpan duit. last last habis gak aku rasa duit tu. simpan duit tu harus sebenarnya sebab kau laki , banyak tanggungjawab. Aku tanya dah member aku , nak ke kau buat dia jadi laki kalau kedekut camni? member aku pun tegak je cakap , aku yakin dia bukan jodoh aku. aku pun support je. bhahaha.  Haaa , nampak tak permainan untuk orang kedekut ni? haha. korang nak kawen dengan orang kedekut? aku taknak..!!! haha. mintak jauhkan la. parah hidup aku kalau dah kawen nanti. itu tak boleh , ini tak boleh. kalau nak beli mesti yang murah murah je. pastu barang murah , biasa laa. kejap je , tak lama pastu baraiii. pehhhh

Hmm. Tahu tak kalau perbuatan sedekah ni ada misteri? orang yang selalu bersedekah ni , rezeki dia makin banyak tau. semakin bersedekah semakin banyak. haaa , mana datangnya rezeki tu padahal dah sedekahkan kat orang lain? Allah sayangkan kita. Allah tu selalu gantikan sesuatu perkara dengan yang lebih baik. Kalau kita bersedekah pun ada cara. Niat ikhlas kerana Allah. bukan nak menunjuk nunjuk. Kalau taknak nampak sangat yang kita ni bersedekah , salah satu cara time tim banyak duit tu gi belanja kawan kawan korang makan. jangan risau kalau duit tu melayang sekelip mata. duit tu bukan kita buat belanja untuk benda benda yang tak elok. selagi makanan tu mengalir dalam darah daging kawan kawan yang kita belanja tadi , in syaa Allah selagi tu la kita akan dapat pahala :')

Banyak lagi cara lain kalau nak bersedekah. tak semestinya besedekah dengan duit. senyum pun sedekah kan :D

#maaf kalau ada tertambah dan tertolak cerita. ngeee ~ ~ 
#si hana tu kalau terbaca , maafkan je la aku, kot tetiba kau sakit plak baca post ni kan. haha

 Salam Sayang :)

2 comments:

  1. hehe...mcm2 kerenah manusia ni kan...balqis jgn kedekut lak..tp kalo nak kedekut biarlah bertempat...huhu

    ReplyDelete