Saturday, October 6, 2012

Diri Aku

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah , masih lagi menghirup udara Allah hari ni :')
Sorry for my bad post lately , just for release my feeling. Taknak padam , biar je. Maaf kalau ada yang baca rasa cam annoy sikit. Semua yang buruk datang dari aku :)

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak diterangi malam

Pernah dengar lagu Pelengkap Hidup? Bestkan lagu tu ^_^ Starting lagu tu macam ayat kat atas ni haaa. Dan aku pun rasakan benda yang sama kat diri aku :) Aku takde pape pun yang nak dibanggakan. Hanya manusia yang hari-harinya tak terlepas dari buat silap. Aku jamin setiap hari mesti aku mesti buat salah. Cuma salah tu aku je yang tak nampak. Itulah yang dinamakan MANUSIA :)

Hati manusia , hati mana yang tak ada perasaan. Cuma perasaan tu di control oleh minda sendiri. Sama ada mahu terlebih atau mahu terkurang. Perasaan yang terlebih orang kata emosional * yeke? dan perasaan  yang terkurang orang kata takde perasaan atau heartless. Aku boleh dikategorikan kat nombor dua tu. Heee. Bukan tak ada perasaan tapi malas nak di layan hati dan perasaan. Kalau di layankan sangat , jadi tak tentu arah. Then buat tu tak kena , buat ni tak kena. So , biarkan perasaan tu datang dan pergi dengan slow motion. haha

Semua orang punya impian hidup. Tak terlepas , aku pun salah sorang darinya. Aku jugak impikan hidup yang bila tiba masanya nanti , aku akan jumpa my future spouse yang boleh bimbing dan bawa aku ke jalan yang diberkati Allah. Jalan atau arah hidup yang orang kata , memang tak diragui lagi lah. Haaa. Bila hidup berkat insya'allah syurga menanti. Bahagia dunia dan akhirat :')

Suatu hari nanti aku harap 'dia' kenali aku melalui hati aku , melalui nurani aku. Suka aku sebab aku ni baik ke , elok budi bahasa ke bukan disebabkan paras rupa. Aku tak lah cakap aku cantik. Tapi betul la , orang taknak pun kenal aku sebab aku tak cantik. Dia macam takde peluang pun nak kenal hati budi aku. kan? haaa. Cinta yang datang dalam hati tu disebabkan paras rupa semata-mata atau beriya nak kenal sebab dia comel la , cantik laa sume tu kan , haaaaa cinta tu dengan kau sekali boleh la terjun ke lombong. Kesian la orang yang kurang kecantikan dan kurang kehenseman tu. ishh ishh

Tapi buat masa ni , aku mintak maaf. Aku tutup semua pintu hati aku dengan mangga kunci dah siap pasang grill lagi kecuali ada la satu dua tingkap di bukak. Kot tak bukak lemas la aku nanti. Fuhh..! Fuhh..! Hehe. The main reason is aku taknak fikir semua tu buat masa ni. Aku tahu , masanya akan tiba jugak satu hari nanti. Dan aku rasa lambat lagi. Semuanya akan datang bila aku betul-betul dah sedia. Masa tu , yang kawan dengan aku , yang musuh dengan aku atau apa pun. Korang semua dah kenal aku , cakap dengan aku apa masalah ke niat ke , haaa , kalau dah terbukak pintu hati aku boleh la kita kawen esoknya tu. Yahooo..!!! Ehhhh

Tu kalau dah terbukak laa. Kalau belum kita kengkawan je laa. ala , lek la. Nak cepat-cepat nak gi mana? Kalau jumpa jodoh kat dunia ,boleh la merasa gelaran 'Selamat Pengantin Baru'.  Tapi biar la hidup stabil. baru la nanti takde pape masalah dalam family. Kalau hidup tak stabil , awal-awal kawen memang laa , takpe kita cari duit sama sama , takpe takpe lah semua. tak lama nanti mesti ada yang mengungkit itu ini balik. Percayalah. Nama lagi MANUSIA. Dan kalau Allah dah takdir kan , kita tak jumpa jodoh masa kat dunia ni , insya'allah kita jumpa jodoh kat akhirat nanti. Allah tu sweet kan? Buat surprise kat kita plak tu. hihi

# Kalau korang sayang aku , mustahil aku tak sayang korang. Aku sayang semua :)

Salam Sayang ;')



1 comment:

  1. eh samela...sy ade gk post tajuk lagu nih...sedih lak bile dgr...huhu :')

    ReplyDelete