Thursday, October 25, 2012

Kedekut

Assalamualaikum :)

" insyaAllah..moga segala impian yg awk impikan akan menjadi kenyataan...usaha dan doa ok :') pasti impian itu tiba suatu hari nanti :') "

Haaa , nampak tak kat atas ni? ada orang bagi semangat laa. hihi. haaa , ni la kata kata semangat dari Encik HatiTerima kasih :D

Hari ni nak cakap pasal tangkai jering. tahu apa itu tangkai jering? maksud tangkai jering masa aku blajar dulu ialah orang yang kedekut  masya'Allah -.-'' Kenapa tetiba je nak citer pasal ni?? dia cam terlintas sekali lalu plak dalam akal , fikiran dan minda aku tadi. haha

Nak tanya lah sikit , best sangat ke kedekut ni ek? macam tak best je aku rasa. bukan orang suka pun kalau kedekut kedekut ni , orang menyampah lagi ada lah. Puihhhh..! haaaa , nampak tak? haha. Nanti Allah tarik rezeki tu baru tahu. Tak semua rezeki kita tu , milik kita. tu sebab adanya zakat. Tapi tak semestinya melalui zakat je :)

Aku ada satu situasi tau. Camni cerita dia *nampak awan awan kat atas :p

Aku ada sorang member , kira member baik la. duduk satu rumah , tidur satu bilik , tak tidur setilam sebab bila dia nak tidur dekat dekat je ngan aku , aku tolak dia. haha. nama dia hana (bukan nama sebenar). dipendekkan cerita , dia ada sorang pakwe atau dalam bahasa oversea boyfriend atau bahasa sekarang boyfie * dak dak sekarang. betul tak ejanya tu? tak reti aku. heh.

Dipendekkan lagi ceritanya , pernah suatu ketika dia gi date sama pakwe dia. ok , dah bosan jalan sana sini , dah tak tahu nak buat apa , dia ajak lah pakwe dia ni gi tengok wayang. Tahu apa yang terbongkar? dalam poket pakwe dia ada RM6 ringgit je beb. aduiii laa. member aku citer kat aku , naik menyirap je aku dengar. Eh , tolong la kan. jangan malukan diri sendiri. kalau takde duit , kenapa ajak keluar? aku tak tahu lah diorang tengok ke tak wayang lepas tu. lupa dah. 

Bukan sekali dua je dia ni camni , kira cam member aku support la. Diorang kalau keluar , bayar sendiri sendiri ok. jangan nak berharap la si mangkuk tu nak support kalau tak member aku tu suruh. Maksud kedekut tu boleh la di'elaborate'kan camni. haha. aku pun cakap kat si hana tu camtu , suruh je dia support. kot tak tak payah keluar. Ok, kita faham lah kat sini , yang couple tu takde apa apa ikatan pun sebenarnya. tapi , please be gentle la kan. Kau lelaki kot. takkan tak rasa malu mengaku yang kau takde duit bila dah ajak orang keluar? Ehh , tolong laa -..-

Lagi satu perangai mamat ni , dah tahu cam sengkek sikit kan , tapi nak beli barang barang branded je beb. pandang rendah kat barang barang takde brand ni. Penah skali pinjam duit member aku semata mata nak beli jacket yang harga beratus. untung la jacket harga beratus. Dalam around hundred aku boleh terima lagi. standard la kita mesti nak barang berkualiti kan. tapi kalau harga tiga empat ratus tu, boleh blaa dengan semua tu. baik aku simpan. heh. 

Senang citer , kalau dah kedekut tu buat awek kau pun menyampah tahap nak lastik dahi kau , kau rasa dia suka sangat ke dengan perangai kedekut kau tu? konon nak jimat la. nak simpan duit. last last habis gak aku rasa duit tu. simpan duit tu harus sebenarnya sebab kau laki , banyak tanggungjawab. Aku tanya dah member aku , nak ke kau buat dia jadi laki kalau kedekut camni? member aku pun tegak je cakap , aku yakin dia bukan jodoh aku. aku pun support je. bhahaha.  Haaa , nampak tak permainan untuk orang kedekut ni? haha. korang nak kawen dengan orang kedekut? aku taknak..!!! haha. mintak jauhkan la. parah hidup aku kalau dah kawen nanti. itu tak boleh , ini tak boleh. kalau nak beli mesti yang murah murah je. pastu barang murah , biasa laa. kejap je , tak lama pastu baraiii. pehhhh

Hmm. Tahu tak kalau perbuatan sedekah ni ada misteri? orang yang selalu bersedekah ni , rezeki dia makin banyak tau. semakin bersedekah semakin banyak. haaa , mana datangnya rezeki tu padahal dah sedekahkan kat orang lain? Allah sayangkan kita. Allah tu selalu gantikan sesuatu perkara dengan yang lebih baik. Kalau kita bersedekah pun ada cara. Niat ikhlas kerana Allah. bukan nak menunjuk nunjuk. Kalau taknak nampak sangat yang kita ni bersedekah , salah satu cara time tim banyak duit tu gi belanja kawan kawan korang makan. jangan risau kalau duit tu melayang sekelip mata. duit tu bukan kita buat belanja untuk benda benda yang tak elok. selagi makanan tu mengalir dalam darah daging kawan kawan yang kita belanja tadi , in syaa Allah selagi tu la kita akan dapat pahala :')

Banyak lagi cara lain kalau nak bersedekah. tak semestinya besedekah dengan duit. senyum pun sedekah kan :D

#maaf kalau ada tertambah dan tertolak cerita. ngeee ~ ~ 
#si hana tu kalau terbaca , maafkan je la aku, kot tetiba kau sakit plak baca post ni kan. haha

 Salam Sayang :)

Impian

Assalamualaikum :)

Lama tak update. Mana tak nya. nak setel project yang melambak lambak tu la. tapi tak gak setel semua lagi tau. Dasyat betul dah final year ni tau. tetiba rasa seram plak nak praktikal sem depan. adehhh -.-''

Tapi lama tak update , cam ada je yang baca blog ni kan? Thanks ^_^
Mana tahu? sebab dapat comment yang , blog ni telah di tag! haha.
Haaaa , insan ni laaa yang dah men'tag' blog ni. Trimass ye :D

Tapi maaf sebab tak dapat nak join sebab sekarang tengah tak banyak masa dan agak busy. Mmm , lagipun kurang berminat benda benda macam ni kot. heee.

Takpe. Walaupun aku tak join , tapi aku tetap akan tulis impian aku macam yang diminta. SINI


Mulakan impian korg dgn ayat "IMPIAN SAYA ADALAH.......................(tak lebih 30patah perkataan)


Impian saya adalah tak lain tak bukan nak terus melakukan perubahan untuk jadi seorang wanita solehah yang mana perubahan itu bukan hanya di luaran , tapi terus bersemadi di lubuk hati.

That's it. cukup cukup 30 patah perkataan. haha.

Tapi kalau nak ikutkan , impian aku banyak. Banyak sangat. Apa?
- Nak buat bakti kat mak sama abah * walaupun ..
- Nak balas jasa mak sama abah * pun walaupun gak ..
- Nak cari redha dan cinta Allah
- Nak jadi perempuan solehah
- Nak jadi anak yang soleheh
- Bila dah kawen , nak jadi isteri yang solehah


Dan banyak lagi. tapi kalau hanya sekadar impian tanpa usaha , mesti akhirnya akan terkubur jugak walau sebesar gunung pun impian tu. Moga Allah tabahkan hati aku agar aku terus usaha dan usaha :')

Salam Sayang :)

Monday, October 15, 2012

Wahai Adam

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak membalas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikatakan berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon dengan tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Inikah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauhi dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa ..

*copied

#wahai adam yang akan jadi pelengkap hidup aku nanti , bimbing dan bawalah aku ke syurga Allah.

#moga aku setabah perempuan kat atas ni :')

Salam Sayang :)


Saturday, October 13, 2012

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah aku mampu lagi duduk kat depan laptop ni dalam waktu waktu hujan camni. Kalau tak maunya aku terbongkang dah tido. Cejukkk. haha

Dari pagi sampai la ke malam. haaa. aku dengar lagi hujan renyai renyai tu. tak berenti hujan haa. Sejuk amat. Tak nak lah gi oversea. nanti sejuk sangat sangat. hahaha

Aku ni , macam banyak masa sangat ni sampai sempat update blog bagai. tadi , memang xbuat apa lah. beku. nak buat pape semua tak mengizinkan. FYP aku? selasa ni present. moga sihat sejahtera lah hendaknya. haha

Nak citer ni. Ehh , tak. nak bagitahu ni. apa? Hmm , tak tahu la apa tajuk dia dan tak tahu nak mula dari mana. Yang pasti soalan first , kenapa aku rasa aku dah sedikit berubah?

Ya Allah ,masa ni aku perlukan Ain sangat sangat * ain tolong la baca post ni untuk bagi semangat kat aku. aku rasa cam dah jauh dari Allah. Selama ni , aku berpura pura ke? Hanya sekadar pakai pakaian muslimah? MUNAFIK??  Ahh , tak. aku tak pernah terniat untuk semua tu. taknak jadi orang munafik. Nauzubillah :'( Aku nak cari redha Allah. Nak sangat ..  :(

Sampai kadang kadang beratnya lahai nak solat , nak mengaji. Tapi aku gagahkan jugak. aku kuatkan jugak. aku pujuk diri " biar terpaksa. biar tak ikhlas. asal buat , balqis" Buat jugak walau terpaksa macam apa dah. Sampai camtu sekali :'(

Nak menangis bila fikir semua ni balik. Kuang haja la setan setan yang ada kat sekeliling aku ni. Amboiii. Seronok hasut aku? Gi main jauh jauh laaa. Nak tumbuk tumbuk je setan tu rasanya. tapi xnampak plak. elok la xnampak tu. kang kalau nampak , terkejut pulak tittewww . haha

note to myself : Balqis , sedar la.. tolong.. :(

Saturday, October 6, 2012

Diri Aku

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah , masih lagi menghirup udara Allah hari ni :')
Sorry for my bad post lately , just for release my feeling. Taknak padam , biar je. Maaf kalau ada yang baca rasa cam annoy sikit. Semua yang buruk datang dari aku :)

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak diterangi malam

Pernah dengar lagu Pelengkap Hidup? Bestkan lagu tu ^_^ Starting lagu tu macam ayat kat atas ni haaa. Dan aku pun rasakan benda yang sama kat diri aku :) Aku takde pape pun yang nak dibanggakan. Hanya manusia yang hari-harinya tak terlepas dari buat silap. Aku jamin setiap hari mesti aku mesti buat salah. Cuma salah tu aku je yang tak nampak. Itulah yang dinamakan MANUSIA :)

Hati manusia , hati mana yang tak ada perasaan. Cuma perasaan tu di control oleh minda sendiri. Sama ada mahu terlebih atau mahu terkurang. Perasaan yang terlebih orang kata emosional * yeke? dan perasaan  yang terkurang orang kata takde perasaan atau heartless. Aku boleh dikategorikan kat nombor dua tu. Heee. Bukan tak ada perasaan tapi malas nak di layan hati dan perasaan. Kalau di layankan sangat , jadi tak tentu arah. Then buat tu tak kena , buat ni tak kena. So , biarkan perasaan tu datang dan pergi dengan slow motion. haha

Semua orang punya impian hidup. Tak terlepas , aku pun salah sorang darinya. Aku jugak impikan hidup yang bila tiba masanya nanti , aku akan jumpa my future spouse yang boleh bimbing dan bawa aku ke jalan yang diberkati Allah. Jalan atau arah hidup yang orang kata , memang tak diragui lagi lah. Haaa. Bila hidup berkat insya'allah syurga menanti. Bahagia dunia dan akhirat :')

Suatu hari nanti aku harap 'dia' kenali aku melalui hati aku , melalui nurani aku. Suka aku sebab aku ni baik ke , elok budi bahasa ke bukan disebabkan paras rupa. Aku tak lah cakap aku cantik. Tapi betul la , orang taknak pun kenal aku sebab aku tak cantik. Dia macam takde peluang pun nak kenal hati budi aku. kan? haaa. Cinta yang datang dalam hati tu disebabkan paras rupa semata-mata atau beriya nak kenal sebab dia comel la , cantik laa sume tu kan , haaaaa cinta tu dengan kau sekali boleh la terjun ke lombong. Kesian la orang yang kurang kecantikan dan kurang kehenseman tu. ishh ishh

Tapi buat masa ni , aku mintak maaf. Aku tutup semua pintu hati aku dengan mangga kunci dah siap pasang grill lagi kecuali ada la satu dua tingkap di bukak. Kot tak bukak lemas la aku nanti. Fuhh..! Fuhh..! Hehe. The main reason is aku taknak fikir semua tu buat masa ni. Aku tahu , masanya akan tiba jugak satu hari nanti. Dan aku rasa lambat lagi. Semuanya akan datang bila aku betul-betul dah sedia. Masa tu , yang kawan dengan aku , yang musuh dengan aku atau apa pun. Korang semua dah kenal aku , cakap dengan aku apa masalah ke niat ke , haaa , kalau dah terbukak pintu hati aku boleh la kita kawen esoknya tu. Yahooo..!!! Ehhhh

Tu kalau dah terbukak laa. Kalau belum kita kengkawan je laa. ala , lek la. Nak cepat-cepat nak gi mana? Kalau jumpa jodoh kat dunia ,boleh la merasa gelaran 'Selamat Pengantin Baru'.  Tapi biar la hidup stabil. baru la nanti takde pape masalah dalam family. Kalau hidup tak stabil , awal-awal kawen memang laa , takpe kita cari duit sama sama , takpe takpe lah semua. tak lama nanti mesti ada yang mengungkit itu ini balik. Percayalah. Nama lagi MANUSIA. Dan kalau Allah dah takdir kan , kita tak jumpa jodoh masa kat dunia ni , insya'allah kita jumpa jodoh kat akhirat nanti. Allah tu sweet kan? Buat surprise kat kita plak tu. hihi

# Kalau korang sayang aku , mustahil aku tak sayang korang. Aku sayang semua :)

Salam Sayang ;')



Thursday, October 4, 2012

Assalamualaikum

Hari ni kononnya nak sambung kerja-kerja yang melambak tak siap lagi tu. sekarang dah nak pukul 1 pagi. tapi sampai sekarang aku xde mood nak buat. sian mira sama huda. tadi nak pinjam laptop. nak buat kerja , tapi aku kononnya nak buat kerja jugak. ni diorang pergi cc dari tadi tak balik lagi dan mood aku takde gak nak buat 4 projek beserta 2 assignment yang tak siap tu. mana entah mood tu. sorry huda , sorry mira.. 

kadang-kadang bila aku terasa sakit , aku selalu sedapkan hati aku. takde pape lah ni. jangan risau. serahkan semuanya kat Allah. tapi bila jadi something yang aku rasa cam menekan aku di sebabkan mak aku asyik nak marah tak tentu hala atau sesape je , aku selalu memberontak dalam hati aku. pesal la aku tak betul2 kena sakit jantung ke , kanser ke apa benda lagi sakit2 lain. bila aku down gila , mesti aku fikir benda ni. dan bila keadaan sangat2 menekan , mesti rasa nak nangis. aku kalau stress pasal buat kerja pun boleh nangis. haha. macam sekarang ni. dengan stress kerja , stress jadah lagi benda lain entah, jap lagi tengok arr. seletip tisu kat mata laa. so , xde la nangis sebab air mata tak keluar pun. haha

aku benci..!!! benci dengan diri aku. benci dengan hidup aku. kang cakap taknak hidup kang , amal cam dah banyak sangat plak kan. Benci...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Benci..!!!!! menangis pun nak bagi tahu..sakai laaa..!! dah arr

Wednesday, October 3, 2012

Mom

Assalamualaikum :)

Mom , happy belated birthday for a month since 1 September. Sorry for the very late wishes *my bad heee
Mom , thanks for everything you have done to me and mimi.
You are the only greatest mom in the world that i have.
You still strong although at that time you look after us alone without dad with you. 
Nobody else can replace you in my heart , mom :')
I love you , mom , with all my heart.

Mom , sorry for all my wrong doing to you.
Mom , i'm sorry coz i am not a good daughter for you.
And i know i can't be a good daughter for you :'(
I'm sorry coz i never make you proud of me.
Sorry coz i'm always make you heart broken like in love story.
Sorry sorry sorry and sorry for a many time coz always make you trouble *trouble is a friend but trouble is a foe ohh ohh
Sorry for a thousand year again coz sometimes i make you sad with my bad behavior 

Mom , I love You Forever. Till Jannah. Wanna meet you there, insya'allah :')

Take care Mom :')