Monday, September 24, 2012

Today is Monday

Assalamualaikum
Hye encik Mon. Morning. hee ^_^

Hari ni aku xde kelas ohh. Jap lagi bila semua dah gi kelas , tinggalkan aku keseorangan kat rumah ni. Kesian aku kan. Dah berapa lama benda ni berlaku. Kolej aku langsung tak amik sebarang tindakan. Ishh. Bosan ohh xde kelas. Aku serius ni tapi nampak poyo sikit kat situ kan? ahh , cakap la apa pun. Aku kan cool macam coolblog. * sedapnya lahai kalau dapat coolblog Woott .. Woott .. ;D

Nak dijadikan cerita , hari ni baru dapat pegang laptop selepas sekian lama * err , dalam 3hari Setiap hari boleh dikatakan ada je activity aku. Busy kan. Ye , ye. Mungkin aku bakal pegang jawatan Menteri Pentadbiran nanti :p

Setiap hari aku tu macam seminggu straight tak duduk umah kan. Ekcelli , 3hari je. heee. Jumaat hari tu la yang aku kesiankan kat kaki dan badan aku. Lepas zohor keluar rumah sampai ke malam keluar ke Masjid Jamek * before tu singgah Berjaya *berjaya lah sangat Times Square , dalam hujan yang lebat hang tau. uishhh..! Silap hari la dak-dak umah aku ajak aku keluar time tu. Rasa cam merempat * teruk giler bahasa plak duduk kat tepi-tepi jalan tu. Nasib aku saje tak bawak pape bekas je. haha

Kononnya nak keluar hari tu , nak ke kedai kain , nak cari kain sebab dak ima nak buat tudung. punya la menunggu hujan bukan main lama lagi. bila gi kedai kain kat Jalan TAR tu , dah pukul brape plak kan. Sampai kat Nagoya , dah tutup. sudahnya , beli kat Kamdar. Aku pun tumpang la sekaki. Before tu , ima cakap kat aku , terharu sangat sebab sanggup redah hujan lebat sebab nak gi cari kain dia. Baru kau tahu pengorbanan kawan-kawan kau ni , Khazimah Din. Haha. Ala , xde hal la , beb. Air je pun :p

Esoknya ber'meeting dengan' Eyda , berbincang pasal FYP. Bila cakap pasal FYP ni kan , dia cam ohhhhMyyyy .. Haaa. camtu laa. kenapa ekk kenapa camtu? Sape yang dah merasa apa itu FYP , tahniah diucapkan , dan sesiapa yang belum , semoga berjaya. Wahhh , ucapan seikhlas hati tu. ahah. Tak tahu la bila kunjung tibanya akan berakhir penyeksaan ni. Payah giler. Serabut ohh kalau fikir benda ni. Jadi tak payah fikir. tahu-tahu , tak lama lagi nak kena present. amik kau. adehhh -.-'

Semalam plak ke jusco , tapi gi lambat la. lepas maghrib. First gi makan dulu. Lapar kot. Apa yang aku makan? Jengg jengg jengg ..
Samurai. Hiyahhhhhh..!!! haha. Sedap la sebab daging dia. ishhh. xtahu la nak describe camne. Cuma dia manis la. makanan jepun kan. aku pun apa lagi. aku taruk la sos banyak2. dah macam makan sos cili dahh. nikmat ohh. pedas lagi. fuhhh..!! Nampak tak betapa sedap aku gambarkan apa yang aku makan tu. Okbai. haha

Pastu berjalan ke MPH. Punya la lama duduk situ. cari buku Ima tak jumpa. Nak cari buku Hilal Asyraf katanya. Dah tanya kat customer service , tinggal dua je buku tu kat situ. so , bak kata atul kebarangkalian nak jumpa buku tu dalam beribu buku yang ada adalah tipis. Last-last , tak jumpa jugak buku tu. kesian plak aku tengok dak Ima tu. Sape-sape yang jumpa buku ni , tolong belikan dulu ea * memang la rumah dekat-dekat je nak suruh orang belikan bagai. haha. Ima pun tak tahu rupa buku tu camne tapi dah di search kat makcik Google , ni haaa buku dia.


p/s : 1) Cantik laa cover buku ni ^_^
       2) Kesian huda mengadu sakit kaki kat kat mira. nasib baik tak patah kaki. hihi :p

Salam Sayang. hohoii. Tata :D



No comments:

Post a Comment