Wednesday, September 12, 2012

Satu Keinsafan

Assalamualaikum w.b.t

tersangatlah lama ya amat blog ni aku tak update. antaranya sebab tak ada idea dan terlalu sibuk dengan assignment dan project yang ditimbun di atas bahu seorang pelajar seperti aku. kalau boleh , nak buat tak tahu je segala kerja yang datang , tapi apakan daya , amanah dah diberi. kena la buat *tapi kadang2 , kantoi gak. haha 

Sebenarnya hari ni aku terasa nak update blog ni untuk share something. Rasanya dah ramai tahu pasal pemergian salah seorang blogger muda kat Malaysia ni. Dia bukanlah seorang yang popular macam blogger2 lain , tapi rasa macam terpanggil untuk letak pasal dia kat salah satu entri aku. blogger yang aku maksudkan ialah arwah Yasmin binti Johan Eusoffe atau lebih dikenali sebagai Yasmin Hunwick. Klik la nama dia yang aku dah highlight tu kalau nak melawat blog dia. Arwah kembali ke rahmatullah pada 3 jun lalu , tapi semalam baru aku dapat tahu tentang pemergian arwah. tu pun nasib baik , FB sebarkan. jadinya boleh la kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah.

Aku tak pernah kenal siapa arwah Yasmin ni , tapi dari pandangan aku bila baca blog dia , dia seorang yang sangat cantik pada mata aku dan seorang anak yang baik. Arwah baru je 17tahun , tahun ni plak dia sepatutnya menduduki SPM. Dia terlibat dalam kemalangan dengan dua orang lagi member dia bila dirempuh oleh sebuah van pelancong masa nak buat u turn. Nak cerita lanjut , gi la tengok blog arwah. Blog tu sekarang , mak dia yang teruskan yang mana ayah arwah tengah kemas bilik arwah , terjumpa satu buku yang mengandungi segala password kat dalam tu. so , kalau arwah punya account  fb , twitter atau apa2 nak di delete andai kata tak elok dimata orang pun boleh.

Arwah di saat2 terakhir dia , ada menunjukkan tanda2 dia akan kembali kepada Yang Menciptakan dia. Antaranya , dia bermimpi buruk 3kali berturut-turut *kalau xsilap aku , lepastu dia ada baca buku yang brtajuk "Beginikah rasanya 7 malam pertama di dalam kubur" *lebih kurang la tajuk dia. haaa. Lagi2 , dia ada tulis dalam blog dia yang dia takut , dia banyak dosa. aku pun banyak dosa gak wehh. yela ajal maut tu kita tak tahu bila. bila2 masa je dia boleh datang. tak de nak tunggu kita taubat dulu baru nak datang. takde nak tunggu kita bertudung litup dulu baru nak datang. entah sempat nak taubat ke tak , entah laa. tapi , Allah tu sentiasa buka pintu taubat untuk hamba2Nya :')

Sebab itu , kena takutkan mati. yela , bila dah mati nanti apa je yang boleh buat? semua amalan2 akan ditanya. cukup ke amal kita selama hidup kat dunia. buat tak apa yang Allah dah perintahkan sepanjang hayat kita kat dunia yang Allah pinjamkan sementara kat kita. aku tak lah kata aku ni baik sangat. aku pun muhasabah diri ar cakap camni. takut bhai azab kat akhirat nanti. yang tak pakai tudung , tak tutup aurat tu cepat2 la insaf. ke nak nampak kematian depan mata dulu baru nak insaf? memang selalunya macam tu , bila ada kematian depan mata atau orang terdekat , baru la rasa takut suma. jangan la macam tu. Kita ni , iman turun naik , amal tak pasti lagi boleh diamalkan setiap hari. kena sentiasa insafkan diri. kena sentiasa rasa dekat dengan Allah. kena sentiasa ada taqwa dalam hati. 

Semoga kita semua dapat mencari dan menggapai redha Allah. Insya'allah :)

#Semoga roh arwah Yasmin binti Johan Eusoffe ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiin.

Wassalam

No comments:

Post a Comment