Wednesday, September 19, 2012

Rezeki

Assalamualaikum :D

Selamat pagi. Syukur kita bernyawa lagi di bumi Allah hari ni , alhamdulillah :')
Sementara tengah tunggu kelas yang ditangguh selama sejam ni , rasa cam nak update blog plak. hihi

Hari ni nak bercerita pasal rezeki. Dari mana datangnya rezeki yang ada je kat kita setiap hari. rezeki tu kira cam nikmat yang Allah dah bagi kat kita lah. antaranya udara yang kita tengah hirup sekarang , baju yang kita tengah pakai sekarang , makanan yang kita makan. haaa , tu semuanya adalah antara rezeki yang Allah dah bagi. kalau nak ikutkan , sikit sangat tu. kalau nak ikutkan jugak , banyak sangat sangat sangat nikmat yang Allah dah bagi kat kita. tapi cuba ingat balik , kita selalu tak bersyukur dengan semua tu? selalu tak kita sebut Alhamdulillah , syukur kerana rezeki yang Allah dah bagi? Renungkan .. :)

Allah turunkan rezeki pada kita semua dengan sifat Ar-Rahman Nya yang mana rezeki tu semua orang kat dunia ni dapat merasa tak kira Islam atau kafir seseorang tu. Tapi rezeki tu Allah bg dengan cara yang berbeza. Allah turunkan rezeki kat orang kafir dalam kemurkaan sebab diorang buat apa yang Allah larang. berbeza pulak dengan orang Mukmin. Allah turunkan rezeki tu dengan keredhaan sebab buat apa yang Dia perintahkan dan tinggalkann apa yang Allah larang. Insya'allah :)

Rezeki tu jugak ada halangannya. Apa yang menghalang rezeki?? Haaa , yang ni jangan amik ringan. Perkara yang menghalang rezeki adalah melakukan dosa besar dan berterusan melakukan dosa kecil. " alaa , aku selalu je buat bla bla bla , tapi ada je duit dalam tangan. hidup je aku sampai hari ni "  Jangan cakap besar , semua tu Allah yang bagi. bila-bila masa je Dia boleh amik. kau tengah seronok menari tiang , tetiba kau rebah kat tiang tu kan. Haaa , dah tak bleh nak buat apa dah. kau get ready je la nak jumpa Allah. Hiiisshh. Syerammm niehh..!

Ada 71 dosa-dosa besar menurut Imam Az-Zahabi. Kalau korang nak tahu , korang search je la kat Madam Google , takpun korang boleh baca kat dalam buku yang berjudul dan bertajuk Dosa-dosa Besar.
Nak tahu apa? aku bagi antara dosa-dosa besar k. kira cam yang paling common la kan.

Antaranya ialah ..
1) Syirik (Menyekutukan Allah)
2) Sihir
3) Meninggalkan solat
4) Tak bayar zakat
5) Riba'
6) Sombong dan sekutunya
7) Berjudi
8) Mencuri
9) Menyamun
10) Perempuan yang menyerupai lelaki (dan sebaliknya)

Yang lain korang cari sendiri ea. hehe.
Ok la , nak gi kelas ni. bobye uolll :p

Salam sayang ;)

No comments:

Post a Comment