Sunday, September 16, 2012

.Perempuan.Aurat.Tudung/Hijab.

Assalamualaikum :)

Macam mana nak mula entah. Mmm. Ok. Kenapa dengan tudung dan hijab ni? Siapa yang pakai tudung ni selalunya kita tahu la yang dia ni perempuan yang beragama Islam kan. Alhamdulillah. Tapi kalau yang beragama Islam tapi tak pakai tudung? Pakai tak nak plak tak seksi kan. Pakai seluar lagi pendek dari boxer ,sambil berpeluk dengan pakwe dia. Orang non-muslim pun pandang dah cam apa. Ada sekali aku pandang la minah2 camni time tu , muka dia bangga beb. Masya'allah -.-'

Mana letakknya maruah sebagai seorang perempuan? Masing2 aku percaya umur dah matang. Dah tahu mana baik mana buruk. Kalau nak masuk form 1 form 2 tu , boleh la umur tak matang lagi. Tapi perkara camni pun tak sepatutnya berlaku sebab dari sekolah rendah lagi dah di ajar tentang didikan agama dan ditambah lagi didikan yang ibu bapa bagi masa kat rumah. Sekurang-kurangnya jaga lah perangai biar senang di mata orang dan tak menimbulkan sebarang fitnah.

Kita ni perempuan Islam , wajib tutup aurat daripada pandangan yang bukan mahram dengan kita. tu sebab keluarnya , tak wajib bertudung tapi tutup aurat tu wajib. Haaa , faham tak? Lilitlah kain pape pun kat kepala tu , pakailah kain apa pun kat badan tu. Buat lah macam mana pun asalkan aurat anda sebagai seorang perempuan ditutup. Tutup aurat tu wajib. Jangan kata tak sampai seru lagi. Al-Quran tu dah lama diturunkan. Dalam tu dah ditulis aurat wanita macam mana , aurat lelaki macam mana. Ada had masing-masing.

Dari sekarang , baik korang buka mindset masing-masing. Kita umat akhir zaman. Tak takut ke? Bila-bila masa je kiamat tu akan datang. tak payah tunggu kiamat , mati tu pun bila-bila boleh datang. Cuba ingat , pahala dan amal dah banyak ke nak kita nak bawak kat sana tu? Jangan leka dengan dunia yang sementara ni. Jangan sampai terlupa mati tu semakin dekat dengan kita. dan kena ingat mati tu tak pernah menjauhi kita.

Ok , lari tajuk lah. aku nak cerita pasal perempuan-perempuan Islam Malaysia yang perasan hidup kat barat ni haaa. Ishhh. Kadang-kadang panas je mata aku pandang diorang ni. Kadang-kadang sedih pun ada. Diorang xmalu ke tunjuk aurat-aurat diorang tu? Ye , tahu. cantik-cantik semua yang ada kat awak. Tapi cantik tu Allah yang pinjamkan kat awak. Cuba syukur dengan tutup semua tu. Bangga sangat nak tayang kat lelaki-lelaki aurat awak tu kan. Kalau ada lelaki yang suka pun , last-last diorang cakap good bye punya kat korang. Tak ramai la lelaki nak cari isteri macam tu. Mesti la diorang nak cari perempuan yang baik-baik  untuk didik anak diorang kan. Kecuali ada yang akhirnya berubah dengan niat kerana Allah. Haaaa :)

Jangan tunggu bila dah bersedia baru nak pakai tudung. Tahu tak , perempuan ni lagi cantik kalau dia pakai tudung. Nampak ayu , sopan , comel je :) Kalau risau nanti dah tak cantik kalau pakai tudung , percayalah , kalau pakai tudung lagi cantik tau. Haaa. Tapi jangan bertudung kerana fesyen. Bertudung kerana nak tutup aurat. Solatlah walaupun terpaksa , berpuasalah walaupun terpaksa , tutuplah aurat walaupun terpaksa kerana perkara yang wajib itu memang kadang kalanya bersifat terpaksa.

Walaupun terpaksa , sekurang-kurangnya usahalah untuk tunaikan kewajipan tu. Bila dah biasa , perkara yang terpaksa tu insya'allah akan jadi ikhlas :)

p/s : sila baca dengan nada yang lemah lembut. hihi

jom tengok conversation ni. masyukk. respect giler..! ahah. *klik untuk besarkan :D


Salam sayang ;D






No comments:

Post a Comment