Saturday, September 15, 2012

Mendapat Perhatian Masyarakat

Assalamualaikum

Alhamdulillah , pemergian arwah Yasmin semakin mendapat perhatian masyarakat. FB pun tak putus2 masih sebarkan berita pemergian arwah. Setiap hari mesti ada berita arwah. Mmm. katanya arwah tak lah sefamous mana. tapi kenapa ramai yang sebarkan? Haaaa.. tu la yang aku kata , bila dah something berlaku , baru nak sibuk tahu , siapa dia *cam xde kena mengena pun????

Selain tu , kebetulan aku dalam bas on the way nak balik ke rumah a.k.a kampung semalam , aku terdengar perbualan ada sorang perempuan ni dengan member dia yang duduk kat blakang aku. lebih kurang umur aku , dak uitm lah kot. jelas ohh perbualan diorang. lagi-lagi start dia cerita je memang pasal arwah , kot tak silap camni haa ayat first dia "kau ada baca kat fb x pasal Yasmin Hunwick?" Memang aku pun pasang telinga  la aku dengan cermat. haha

Perempuan tu cerita la kat member dia pasal arwah Yasmin Hunwick tu. Tapi tu lah yang aku nak cakap kat sini , bahawasanya , bila tersebar berita kmatian seseorang mesti akan ada rumors yang akan menyedapkan cerita sampai tahap dewa kan. Mana tak nya , yang aku betul tahu , apa yang aku post before ni je. itu pun sebab aku tengok ada orang createkan page arwah yang mana dia dan mama arwah Yasmin sendiri admin page tu. Yang aku tahu macam mana arwah meninggal tu dari apa yang mama arwah bagitahu kat page tu. yang aku dengar perempuan smalam tu cerita kat member dia, dia ada cakap yang arwah Yasmin tu bergaduh dengan boyfriend dia , pastu keluar rumah , ajak kawan2 dia keluar , then naik motor bertiga , pastu kena langgar dengan van pelancong. berkerut gak kening aku masa dengar part tu *tapi cover  la kan , kang orang nampak aku muka cam tengah tahan nak membuang je plak , tapi yang last tu sama la dengan apa yang aku tahu. yang cerita awal tu aku tak tahu. Wallahualam laa.

* Sebenarnya lain yang aku nak tulis dalam entri kali ni , tetiba cam dah terbanyak tulis plak kan. haha Yang aku nak cakap , kenapa ek bila seseorang tu dah takde kat dunia ni baru la kita nak amik tahu , nak hargai dia bagai. aku cakap camni , sebab ramai la yang bersimpati la dengan pemergian arwah Yasmin ni. bukan setakat arwah Yasmin ni je , ramai lagi. daripada tak kenal , sampai famous la orang tu lepas dia meninggal sebab nak tahu sape dia * salah sorangnya aku lah tu -.-' Tapi macam ada baiknya jugak jadi camni , insya'allah ramai yang sedekahkan al-fatihah dan mendoakan arwah. insya'allah jugak ramai yang sedar kematian tu tak menunggu masa tua.

Haaaa. lagi satu aku dengar perempuan tu cakap * asyik cakap perempuan je dari tadi. cam kurang ajar gak tapi aku tak tahu nama dia laaa. haha arwah Yasmin ni cam dah tahu yang dia nak pergi atau kembali kepada Yang Maha Esa. Tapi percayalah , kalau dia betul2 tahu mesti dia akan gelisah tahap gila babeng , duduk pun tak senang , buat pape pun cam ada je yang tak kenang. haaa , itu ye kalau betul dia tahu dia nak pergi. Tapi dari post dia before2 ni , dia still happy , still lagi cam belum ready nak mengadap Ilahi. Aku tak cakap la aku tahu semua , macam la aku ni baik sangat plak kan. tapi ishhh , aku pun tak tahu nak cakap. takut kalau ada yang tersalah anggap pulak. kang ada plak yang cakap , "kau mana tahu , entah-entah hari-hari dia buat solat taubat". ada yang kena gam mulut kang. haaaaa , aku tak tahu apa yang dia buat hari2. sekian. heeee

Melainkan dia sedar akan tanda2 yang ada pada diri dia. macam cerita 100 hari. Haaaaa , sape yang belum tengok , boleh la tengok. aku tak tengok lagi sebab aku takut. hehe. bukan takut apa , aku suka terfikir pasal mati. kang aku tengok cerita tu , macam2 la aku fikir. Agak menggelabah kan * pedulik apa aku , tapi tu lah aku. * sambung balik Pada yang sedar akan adanya tanda2 dalam masa 100 hari , 40 hari , 7 hari , 1 hari tu , buatlah persiapan sebaik mungkin untuk berjumpa dengan Pencipta yang dah menghidupkan dia pada hari ini. Kalau aku la antara orang tu , menangis je la kerja aku. Gelisah memanjang , rasa cam tak tentu arah. Yela , mana taknya , amal aku tak cukup lagi. sikit sangat lagi. dosa aku banyak , beb :'(

Ada yang cakap , jangan takutkan mati sebab itu adalah peluang untuk bertemu dengan Allah. Memang la. semua orang akan berjumpa dengan Dia. Tapi kalau dosa bertimbun , amal pun tak seberapa , kau tak rasa cam malu ke nak jumpa Dia. ditambah lagi azab yang disebabkan dosa tu , azab bukannya sakit sikit-sikit. Allahuakbar. Mengigil badan  bila teringat benda tu. Ya Allah :(

#al-fatihah buat arwah Yasmin

Salam Sayang. Okbai :)

No comments:

Post a Comment