Sunday, September 30, 2012

Aku Manusia

Assalamualaikum wbt :)

Hari ni rasa cam tercapai kot hasrat nak update blog sebab hari-hari nak update tapi tak tahu nak post pasal apa. cam desperate sangat la plak. haha. Mmm. Maybe sikit je kot nak update. Maybe la , kalau panjang menjela tu tak jamin laa. haha

Liku-liku kehidupan sebagai seorang manusia , mesti la sentiasa buat kesilapan. Bukan manusia kalau tiap kali betul , bukan manusia jugak kalau tak pernah buat salah. Dah tertulis , takde pun manusia yang sempurna kat dunia ni. Hanya Allah yang paling sempurna :')

Buat silap kena mengaku lah kan , tapi ada je yang jenis pentingkan diri sendiri ni , buat bodoh je pastu salahkan orang lain *tetiba cam terasa sikit. haha. Aku cam rasa pernah buat ni. Yeke? *Cehh , xnak ngaku plak alaaa , pernah la kot. kot laa. Haaa , aku ngaku k. so , kat sesape entah *aku lupa dah maafkan lah aku. heee ^_^

Aku tahu , aku tak sempurna *eleh , korang pun sama :p dan tak boleh buat semua orang senang dengan aku. Seriously , kadang-kadang aku tahu aku dah buat orang terasa tapi aku sedar lepas aku buat. Tu la yang di namakan , cakap sebelum fikir. Sepatutnya , berfikir sebelum cakap. Haaaa. Padan lah muka aku. Pastu serba salah. Muka memang ar cool. Dalam hati , resah , gelisah , tak keruan , haa , apa lagi??semua ada -.-'

Ehh , sambung balik. Aku mintak maaf ea. Mintak maaf sangat-sangat kalau ada sesape yang pernah terasa hati dengan aku. Walaupun , korang terasa tapi salah korang sendiri bukan salah aku , aku mintak maaf gak *bongkak gila ayat. haha. Aku mungkin bukan member yang terbaik , mungkin jugak bukan teman *teman apa? teman hidup , teman pengganti pun boleh. bhahaha yang terbaik tapi aku cuba jadi yang baik dan insya'allah akan cuba jadi yang terbaik *ayat aku cam sedih kan? sobss :p Maybe gak korang lagi baik dari aku. Kalau ada salah silap aku , tegur la. Insya'allah diterima dengan hati yang terbuka :)

Nak ubah perangai dan perbaiki diri kena la sentiasa terima teguran orang. Jangan bila orang tegur , tak boleh nak terima pastu anggap diri sendiri dah cukup perfect. Haaa , kot ada orang camni boleh la terjun dalam kolam kumbahan. Tempat paling sesuai la tu. haha

Dah kenapa nak mintak maaf bagai si Balqis ni. Saje , nak tambah entri dalam blog titteewww :p

Salam Sayang :D





Saturday, September 29, 2012

Rindu

Assalamualaikum :)

" Biar nafsu sunyi tanpa godaan. Biar kaki sunyi  tanpa berjalan. Tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah swt. Ukhwah itu bukan terletak pada kerapnya pertemuaan , bukan juga terletaknya pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doa "

" Bait rindu datangnya daripada  Allah. Rindu kerana Allah pastinya penguat ukhwah. Andai dirimu merinduiku lillah , hatiku turut merasa kerinduan itu lillah ^_^  Nur itu kuibaratkan seperti matahari. Sinarnya tiada henti , dikala malam bulan pengganti. Begitu juga sahabat yang ku sayangi. Sentiasa menyuluh cahaya kesedaran, Uhibbukifillah ya sahabat. "

Sape ek yang bagi ayat-ayat ni? haaa. cik Nurul Ain Hussin yang bagi. rindu dia :( Lama tak jumpa dah. asyik plan nak jumpa .. nak jumpa .. tapi asyik cancel je. Ni plak skarang dah blaja kat Sarawak. Lagi la susah nak jumpa. Sian dia , masa awal-awal kat sana asyik sakit je. Hmm. Budak-budak dorm yang lain pun sama lama tak jumpa. Entah bila la nak ketemu -.-'

Ain , sorry tak selalu mesej kau. Aku pun rindu kau jugak. Rindu sangat. Jaga diri kat negeri orang tau. Sayang kau , Ain. Lillahi taala :')

Monday, September 24, 2012

Today is Monday

Assalamualaikum
Hye encik Mon. Morning. hee ^_^

Hari ni aku xde kelas ohh. Jap lagi bila semua dah gi kelas , tinggalkan aku keseorangan kat rumah ni. Kesian aku kan. Dah berapa lama benda ni berlaku. Kolej aku langsung tak amik sebarang tindakan. Ishh. Bosan ohh xde kelas. Aku serius ni tapi nampak poyo sikit kat situ kan? ahh , cakap la apa pun. Aku kan cool macam coolblog. * sedapnya lahai kalau dapat coolblog Woott .. Woott .. ;D

Nak dijadikan cerita , hari ni baru dapat pegang laptop selepas sekian lama * err , dalam 3hari Setiap hari boleh dikatakan ada je activity aku. Busy kan. Ye , ye. Mungkin aku bakal pegang jawatan Menteri Pentadbiran nanti :p

Setiap hari aku tu macam seminggu straight tak duduk umah kan. Ekcelli , 3hari je. heee. Jumaat hari tu la yang aku kesiankan kat kaki dan badan aku. Lepas zohor keluar rumah sampai ke malam keluar ke Masjid Jamek * before tu singgah Berjaya *berjaya lah sangat Times Square , dalam hujan yang lebat hang tau. uishhh..! Silap hari la dak-dak umah aku ajak aku keluar time tu. Rasa cam merempat * teruk giler bahasa plak duduk kat tepi-tepi jalan tu. Nasib aku saje tak bawak pape bekas je. haha

Kononnya nak keluar hari tu , nak ke kedai kain , nak cari kain sebab dak ima nak buat tudung. punya la menunggu hujan bukan main lama lagi. bila gi kedai kain kat Jalan TAR tu , dah pukul brape plak kan. Sampai kat Nagoya , dah tutup. sudahnya , beli kat Kamdar. Aku pun tumpang la sekaki. Before tu , ima cakap kat aku , terharu sangat sebab sanggup redah hujan lebat sebab nak gi cari kain dia. Baru kau tahu pengorbanan kawan-kawan kau ni , Khazimah Din. Haha. Ala , xde hal la , beb. Air je pun :p

Esoknya ber'meeting dengan' Eyda , berbincang pasal FYP. Bila cakap pasal FYP ni kan , dia cam ohhhhMyyyy .. Haaa. camtu laa. kenapa ekk kenapa camtu? Sape yang dah merasa apa itu FYP , tahniah diucapkan , dan sesiapa yang belum , semoga berjaya. Wahhh , ucapan seikhlas hati tu. ahah. Tak tahu la bila kunjung tibanya akan berakhir penyeksaan ni. Payah giler. Serabut ohh kalau fikir benda ni. Jadi tak payah fikir. tahu-tahu , tak lama lagi nak kena present. amik kau. adehhh -.-'

Semalam plak ke jusco , tapi gi lambat la. lepas maghrib. First gi makan dulu. Lapar kot. Apa yang aku makan? Jengg jengg jengg ..
Samurai. Hiyahhhhhh..!!! haha. Sedap la sebab daging dia. ishhh. xtahu la nak describe camne. Cuma dia manis la. makanan jepun kan. aku pun apa lagi. aku taruk la sos banyak2. dah macam makan sos cili dahh. nikmat ohh. pedas lagi. fuhhh..!! Nampak tak betapa sedap aku gambarkan apa yang aku makan tu. Okbai. haha

Pastu berjalan ke MPH. Punya la lama duduk situ. cari buku Ima tak jumpa. Nak cari buku Hilal Asyraf katanya. Dah tanya kat customer service , tinggal dua je buku tu kat situ. so , bak kata atul kebarangkalian nak jumpa buku tu dalam beribu buku yang ada adalah tipis. Last-last , tak jumpa jugak buku tu. kesian plak aku tengok dak Ima tu. Sape-sape yang jumpa buku ni , tolong belikan dulu ea * memang la rumah dekat-dekat je nak suruh orang belikan bagai. haha. Ima pun tak tahu rupa buku tu camne tapi dah di search kat makcik Google , ni haaa buku dia.


p/s : 1) Cantik laa cover buku ni ^_^
       2) Kesian huda mengadu sakit kaki kat kat mira. nasib baik tak patah kaki. hihi :p

Salam Sayang. hohoii. Tata :D



Friday, September 21, 2012

Akibat

Assalamualaikum :(

Woott woott..! nape sedih ni? ahah

Bukan sedih. Rimas tahap galaxy..!! arghh..! Tak semena-mena cik jer naik kat muka ni. banyak ohh. Tak sampai 2 jam tetiba dah ada. Uisshhh..!! pe benda alahnye ni entah. haha. Dak2 rumah aku , dah habis raya baru angkut kuih raya datang sini. korang ada? hehe. Ni lah akibatnya terlebih makan kuih raya. dan rata-rata kuih raya berunsurkan kacang. before ni aku cam amik remeh je pasal kacang kalau lebih-lebih makan , cik jer naik kat muka. Sekarang ni makan dia. hahaha

Kecoh je. jerawat naik kat muka pun nak update kat blog. hahaha. Tak ramai yang mampu nak update kat blog bila jerawat naik kat muka okeyyyy.. hahaha

#menggedik jap. okbai. haha

tata.. titi .. tutu XD

Thursday, September 20, 2012

Hijrah

Assalamualaikum ;)

Jam pukul 8.40 pagi. Hmmm. Tak tahu nak buat apa. sudahnya terbukak new post. haha. Poyo giler xde keje nak buat. padahal banyak je benda nak buat. tapi pemalas kan. yang rajinnya ke sini je. nak buat acano? haha

Semalam atul ada baca *siap announce lagi satu statement yang berbunyi "orang yang baru 'berhijrah' ni memang bersemangat". Lebih kurang camtu lah ayat dia. Uishhh..! giler kau tak terasa. Haha. Aku macam agak-agak cam ter'ohh' kejap. Haha. Tapi aku sebenarnya dah lama berhijrah *ek ele. baru 3tahun lama la sangat. kecoh je kan. haha Sejak aku 17tahun , aku dah mula berjinak-jinak dalam dunia islamik ni. Sebab aku tahu itu jalan hidup aku. Tapi silap aku. aku tak maintain. kira cam kejap-kejap je *suka hati kau je. sengal..! -.-' Sekarang aku dah 20tahun , aku pun berazam nak kembali kepada aku yang sebelum ni. Lagipun aku dah lama nekad *nekad je lebih , tapi lambat ohh baru nak convert balik. O.o Jadinya , inilah aku yang sebenar. aku yang sebenar , bukan Balqis yang korang kenal di waktu umur 18 dan 19 tahun aku *terkena kejutan kot time ni. haha Tapi , kalau sape yang betul-betul kenal aku , dia akan tahu aku ni macam mana sebenarnya ;)

Alaa , lagipun aku berhijrah dalaman je. luaran aku still sama. sempoii , cool , *aku tak rasa pun aku perasan dalam hal ni. ehem..! :p nak melawak tahap camne pun bagi je la kat aku. xde hal. Kira cam xde beza pun aku yang before ni dengan aku yang sekarang. Just a little little bit much much. sangat kecik perubahan kalau ada. haha. Bagi aku , perubahan luaran cam pakaian atau tetiba nak cakap lemah gemalai , nak bercakap pun cover , tak perlu kalau hanya nak nampak baik dimata dan pandangan orang *menyampah kat orang camni. So , apa motif kau kalau buat camtu? Tahu apa itu hipokrit? * Google please. ahah Pastu , tetiba cakap tu tak bleh , "ehh..! tak baik lah cakap camtu " cakap ni tak bleh, "ishh..! tak boleh la cakap camni" , Haaa , tu cam nak kena maki balik dengan aku. memang la boleh tegur kalau benda tak elok , tapi kalau bergurau pun dah tak boleh , aku pang sat gi kang. haha

Nak cakap apa lagi entah. I have no idea right now. Haaa. apa kata sape-sape yang singgah kat blog aku ni , korang bagi aku idea nak update pasal apa. kalau idea korang boleh pakai , aku try buat entri. *Wahhh , banyak plak masa aku nak terima request orang kan. Tapi belum masanya lagi laa aku nak buat camtu. hikhok.

Wahai sahabat dunia akhirat , doakan aku berterusan camni. taknak la kejap je aku camni lagipun masuk neraka bukan kejap-kejap. heee. Pastu , doakan aku gak semoga aku sentiasa dapat perbaiki diri aku , perbaiki kelemahan aku , tingkatkan amalan , jadi wanita yang solehah dan dapat suami yang soleh :)) *yang last tu cam semangat plak kan. haha Support aku tau..! :'D

p/s : Jom sama-sama cari redha Allah :')

Salam Sayang :)




Wednesday, September 19, 2012

Rezeki

Assalamualaikum :D

Selamat pagi. Syukur kita bernyawa lagi di bumi Allah hari ni , alhamdulillah :')
Sementara tengah tunggu kelas yang ditangguh selama sejam ni , rasa cam nak update blog plak. hihi

Hari ni nak bercerita pasal rezeki. Dari mana datangnya rezeki yang ada je kat kita setiap hari. rezeki tu kira cam nikmat yang Allah dah bagi kat kita lah. antaranya udara yang kita tengah hirup sekarang , baju yang kita tengah pakai sekarang , makanan yang kita makan. haaa , tu semuanya adalah antara rezeki yang Allah dah bagi. kalau nak ikutkan , sikit sangat tu. kalau nak ikutkan jugak , banyak sangat sangat sangat nikmat yang Allah dah bagi kat kita. tapi cuba ingat balik , kita selalu tak bersyukur dengan semua tu? selalu tak kita sebut Alhamdulillah , syukur kerana rezeki yang Allah dah bagi? Renungkan .. :)

Allah turunkan rezeki pada kita semua dengan sifat Ar-Rahman Nya yang mana rezeki tu semua orang kat dunia ni dapat merasa tak kira Islam atau kafir seseorang tu. Tapi rezeki tu Allah bg dengan cara yang berbeza. Allah turunkan rezeki kat orang kafir dalam kemurkaan sebab diorang buat apa yang Allah larang. berbeza pulak dengan orang Mukmin. Allah turunkan rezeki tu dengan keredhaan sebab buat apa yang Dia perintahkan dan tinggalkann apa yang Allah larang. Insya'allah :)

Rezeki tu jugak ada halangannya. Apa yang menghalang rezeki?? Haaa , yang ni jangan amik ringan. Perkara yang menghalang rezeki adalah melakukan dosa besar dan berterusan melakukan dosa kecil. " alaa , aku selalu je buat bla bla bla , tapi ada je duit dalam tangan. hidup je aku sampai hari ni "  Jangan cakap besar , semua tu Allah yang bagi. bila-bila masa je Dia boleh amik. kau tengah seronok menari tiang , tetiba kau rebah kat tiang tu kan. Haaa , dah tak bleh nak buat apa dah. kau get ready je la nak jumpa Allah. Hiiisshh. Syerammm niehh..!

Ada 71 dosa-dosa besar menurut Imam Az-Zahabi. Kalau korang nak tahu , korang search je la kat Madam Google , takpun korang boleh baca kat dalam buku yang berjudul dan bertajuk Dosa-dosa Besar.
Nak tahu apa? aku bagi antara dosa-dosa besar k. kira cam yang paling common la kan.

Antaranya ialah ..
1) Syirik (Menyekutukan Allah)
2) Sihir
3) Meninggalkan solat
4) Tak bayar zakat
5) Riba'
6) Sombong dan sekutunya
7) Berjudi
8) Mencuri
9) Menyamun
10) Perempuan yang menyerupai lelaki (dan sebaliknya)

Yang lain korang cari sendiri ea. hehe.
Ok la , nak gi kelas ni. bobye uolll :p

Salam sayang ;)

Sunday, September 16, 2012

.Perempuan.Aurat.Tudung/Hijab.

Assalamualaikum :)

Macam mana nak mula entah. Mmm. Ok. Kenapa dengan tudung dan hijab ni? Siapa yang pakai tudung ni selalunya kita tahu la yang dia ni perempuan yang beragama Islam kan. Alhamdulillah. Tapi kalau yang beragama Islam tapi tak pakai tudung? Pakai tak nak plak tak seksi kan. Pakai seluar lagi pendek dari boxer ,sambil berpeluk dengan pakwe dia. Orang non-muslim pun pandang dah cam apa. Ada sekali aku pandang la minah2 camni time tu , muka dia bangga beb. Masya'allah -.-'

Mana letakknya maruah sebagai seorang perempuan? Masing2 aku percaya umur dah matang. Dah tahu mana baik mana buruk. Kalau nak masuk form 1 form 2 tu , boleh la umur tak matang lagi. Tapi perkara camni pun tak sepatutnya berlaku sebab dari sekolah rendah lagi dah di ajar tentang didikan agama dan ditambah lagi didikan yang ibu bapa bagi masa kat rumah. Sekurang-kurangnya jaga lah perangai biar senang di mata orang dan tak menimbulkan sebarang fitnah.

Kita ni perempuan Islam , wajib tutup aurat daripada pandangan yang bukan mahram dengan kita. tu sebab keluarnya , tak wajib bertudung tapi tutup aurat tu wajib. Haaa , faham tak? Lilitlah kain pape pun kat kepala tu , pakailah kain apa pun kat badan tu. Buat lah macam mana pun asalkan aurat anda sebagai seorang perempuan ditutup. Tutup aurat tu wajib. Jangan kata tak sampai seru lagi. Al-Quran tu dah lama diturunkan. Dalam tu dah ditulis aurat wanita macam mana , aurat lelaki macam mana. Ada had masing-masing.

Dari sekarang , baik korang buka mindset masing-masing. Kita umat akhir zaman. Tak takut ke? Bila-bila masa je kiamat tu akan datang. tak payah tunggu kiamat , mati tu pun bila-bila boleh datang. Cuba ingat , pahala dan amal dah banyak ke nak kita nak bawak kat sana tu? Jangan leka dengan dunia yang sementara ni. Jangan sampai terlupa mati tu semakin dekat dengan kita. dan kena ingat mati tu tak pernah menjauhi kita.

Ok , lari tajuk lah. aku nak cerita pasal perempuan-perempuan Islam Malaysia yang perasan hidup kat barat ni haaa. Ishhh. Kadang-kadang panas je mata aku pandang diorang ni. Kadang-kadang sedih pun ada. Diorang xmalu ke tunjuk aurat-aurat diorang tu? Ye , tahu. cantik-cantik semua yang ada kat awak. Tapi cantik tu Allah yang pinjamkan kat awak. Cuba syukur dengan tutup semua tu. Bangga sangat nak tayang kat lelaki-lelaki aurat awak tu kan. Kalau ada lelaki yang suka pun , last-last diorang cakap good bye punya kat korang. Tak ramai la lelaki nak cari isteri macam tu. Mesti la diorang nak cari perempuan yang baik-baik  untuk didik anak diorang kan. Kecuali ada yang akhirnya berubah dengan niat kerana Allah. Haaaa :)

Jangan tunggu bila dah bersedia baru nak pakai tudung. Tahu tak , perempuan ni lagi cantik kalau dia pakai tudung. Nampak ayu , sopan , comel je :) Kalau risau nanti dah tak cantik kalau pakai tudung , percayalah , kalau pakai tudung lagi cantik tau. Haaa. Tapi jangan bertudung kerana fesyen. Bertudung kerana nak tutup aurat. Solatlah walaupun terpaksa , berpuasalah walaupun terpaksa , tutuplah aurat walaupun terpaksa kerana perkara yang wajib itu memang kadang kalanya bersifat terpaksa.

Walaupun terpaksa , sekurang-kurangnya usahalah untuk tunaikan kewajipan tu. Bila dah biasa , perkara yang terpaksa tu insya'allah akan jadi ikhlas :)

p/s : sila baca dengan nada yang lemah lembut. hihi

jom tengok conversation ni. masyukk. respect giler..! ahah. *klik untuk besarkan :D


Salam sayang ;D






Saturday, September 15, 2012

Mendapat Perhatian Masyarakat

Assalamualaikum

Alhamdulillah , pemergian arwah Yasmin semakin mendapat perhatian masyarakat. FB pun tak putus2 masih sebarkan berita pemergian arwah. Setiap hari mesti ada berita arwah. Mmm. katanya arwah tak lah sefamous mana. tapi kenapa ramai yang sebarkan? Haaaa.. tu la yang aku kata , bila dah something berlaku , baru nak sibuk tahu , siapa dia *cam xde kena mengena pun????

Selain tu , kebetulan aku dalam bas on the way nak balik ke rumah a.k.a kampung semalam , aku terdengar perbualan ada sorang perempuan ni dengan member dia yang duduk kat blakang aku. lebih kurang umur aku , dak uitm lah kot. jelas ohh perbualan diorang. lagi-lagi start dia cerita je memang pasal arwah , kot tak silap camni haa ayat first dia "kau ada baca kat fb x pasal Yasmin Hunwick?" Memang aku pun pasang telinga  la aku dengan cermat. haha

Perempuan tu cerita la kat member dia pasal arwah Yasmin Hunwick tu. Tapi tu lah yang aku nak cakap kat sini , bahawasanya , bila tersebar berita kmatian seseorang mesti akan ada rumors yang akan menyedapkan cerita sampai tahap dewa kan. Mana tak nya , yang aku betul tahu , apa yang aku post before ni je. itu pun sebab aku tengok ada orang createkan page arwah yang mana dia dan mama arwah Yasmin sendiri admin page tu. Yang aku tahu macam mana arwah meninggal tu dari apa yang mama arwah bagitahu kat page tu. yang aku dengar perempuan smalam tu cerita kat member dia, dia ada cakap yang arwah Yasmin tu bergaduh dengan boyfriend dia , pastu keluar rumah , ajak kawan2 dia keluar , then naik motor bertiga , pastu kena langgar dengan van pelancong. berkerut gak kening aku masa dengar part tu *tapi cover  la kan , kang orang nampak aku muka cam tengah tahan nak membuang je plak , tapi yang last tu sama la dengan apa yang aku tahu. yang cerita awal tu aku tak tahu. Wallahualam laa.

* Sebenarnya lain yang aku nak tulis dalam entri kali ni , tetiba cam dah terbanyak tulis plak kan. haha Yang aku nak cakap , kenapa ek bila seseorang tu dah takde kat dunia ni baru la kita nak amik tahu , nak hargai dia bagai. aku cakap camni , sebab ramai la yang bersimpati la dengan pemergian arwah Yasmin ni. bukan setakat arwah Yasmin ni je , ramai lagi. daripada tak kenal , sampai famous la orang tu lepas dia meninggal sebab nak tahu sape dia * salah sorangnya aku lah tu -.-' Tapi macam ada baiknya jugak jadi camni , insya'allah ramai yang sedekahkan al-fatihah dan mendoakan arwah. insya'allah jugak ramai yang sedar kematian tu tak menunggu masa tua.

Haaaa. lagi satu aku dengar perempuan tu cakap * asyik cakap perempuan je dari tadi. cam kurang ajar gak tapi aku tak tahu nama dia laaa. haha arwah Yasmin ni cam dah tahu yang dia nak pergi atau kembali kepada Yang Maha Esa. Tapi percayalah , kalau dia betul2 tahu mesti dia akan gelisah tahap gila babeng , duduk pun tak senang , buat pape pun cam ada je yang tak kenang. haaa , itu ye kalau betul dia tahu dia nak pergi. Tapi dari post dia before2 ni , dia still happy , still lagi cam belum ready nak mengadap Ilahi. Aku tak cakap la aku tahu semua , macam la aku ni baik sangat plak kan. tapi ishhh , aku pun tak tahu nak cakap. takut kalau ada yang tersalah anggap pulak. kang ada plak yang cakap , "kau mana tahu , entah-entah hari-hari dia buat solat taubat". ada yang kena gam mulut kang. haaaaa , aku tak tahu apa yang dia buat hari2. sekian. heeee

Melainkan dia sedar akan tanda2 yang ada pada diri dia. macam cerita 100 hari. Haaaaa , sape yang belum tengok , boleh la tengok. aku tak tengok lagi sebab aku takut. hehe. bukan takut apa , aku suka terfikir pasal mati. kang aku tengok cerita tu , macam2 la aku fikir. Agak menggelabah kan * pedulik apa aku , tapi tu lah aku. * sambung balik Pada yang sedar akan adanya tanda2 dalam masa 100 hari , 40 hari , 7 hari , 1 hari tu , buatlah persiapan sebaik mungkin untuk berjumpa dengan Pencipta yang dah menghidupkan dia pada hari ini. Kalau aku la antara orang tu , menangis je la kerja aku. Gelisah memanjang , rasa cam tak tentu arah. Yela , mana taknya , amal aku tak cukup lagi. sikit sangat lagi. dosa aku banyak , beb :'(

Ada yang cakap , jangan takutkan mati sebab itu adalah peluang untuk bertemu dengan Allah. Memang la. semua orang akan berjumpa dengan Dia. Tapi kalau dosa bertimbun , amal pun tak seberapa , kau tak rasa cam malu ke nak jumpa Dia. ditambah lagi azab yang disebabkan dosa tu , azab bukannya sakit sikit-sikit. Allahuakbar. Mengigil badan  bila teringat benda tu. Ya Allah :(

#al-fatihah buat arwah Yasmin

Salam Sayang. Okbai :)

Wednesday, September 12, 2012

Satu Keinsafan

Assalamualaikum w.b.t

tersangatlah lama ya amat blog ni aku tak update. antaranya sebab tak ada idea dan terlalu sibuk dengan assignment dan project yang ditimbun di atas bahu seorang pelajar seperti aku. kalau boleh , nak buat tak tahu je segala kerja yang datang , tapi apakan daya , amanah dah diberi. kena la buat *tapi kadang2 , kantoi gak. haha 

Sebenarnya hari ni aku terasa nak update blog ni untuk share something. Rasanya dah ramai tahu pasal pemergian salah seorang blogger muda kat Malaysia ni. Dia bukanlah seorang yang popular macam blogger2 lain , tapi rasa macam terpanggil untuk letak pasal dia kat salah satu entri aku. blogger yang aku maksudkan ialah arwah Yasmin binti Johan Eusoffe atau lebih dikenali sebagai Yasmin Hunwick. Klik la nama dia yang aku dah highlight tu kalau nak melawat blog dia. Arwah kembali ke rahmatullah pada 3 jun lalu , tapi semalam baru aku dapat tahu tentang pemergian arwah. tu pun nasib baik , FB sebarkan. jadinya boleh la kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah.

Aku tak pernah kenal siapa arwah Yasmin ni , tapi dari pandangan aku bila baca blog dia , dia seorang yang sangat cantik pada mata aku dan seorang anak yang baik. Arwah baru je 17tahun , tahun ni plak dia sepatutnya menduduki SPM. Dia terlibat dalam kemalangan dengan dua orang lagi member dia bila dirempuh oleh sebuah van pelancong masa nak buat u turn. Nak cerita lanjut , gi la tengok blog arwah. Blog tu sekarang , mak dia yang teruskan yang mana ayah arwah tengah kemas bilik arwah , terjumpa satu buku yang mengandungi segala password kat dalam tu. so , kalau arwah punya account  fb , twitter atau apa2 nak di delete andai kata tak elok dimata orang pun boleh.

Arwah di saat2 terakhir dia , ada menunjukkan tanda2 dia akan kembali kepada Yang Menciptakan dia. Antaranya , dia bermimpi buruk 3kali berturut-turut *kalau xsilap aku , lepastu dia ada baca buku yang brtajuk "Beginikah rasanya 7 malam pertama di dalam kubur" *lebih kurang la tajuk dia. haaa. Lagi2 , dia ada tulis dalam blog dia yang dia takut , dia banyak dosa. aku pun banyak dosa gak wehh. yela ajal maut tu kita tak tahu bila. bila2 masa je dia boleh datang. tak de nak tunggu kita taubat dulu baru nak datang. takde nak tunggu kita bertudung litup dulu baru nak datang. entah sempat nak taubat ke tak , entah laa. tapi , Allah tu sentiasa buka pintu taubat untuk hamba2Nya :')

Sebab itu , kena takutkan mati. yela , bila dah mati nanti apa je yang boleh buat? semua amalan2 akan ditanya. cukup ke amal kita selama hidup kat dunia. buat tak apa yang Allah dah perintahkan sepanjang hayat kita kat dunia yang Allah pinjamkan sementara kat kita. aku tak lah kata aku ni baik sangat. aku pun muhasabah diri ar cakap camni. takut bhai azab kat akhirat nanti. yang tak pakai tudung , tak tutup aurat tu cepat2 la insaf. ke nak nampak kematian depan mata dulu baru nak insaf? memang selalunya macam tu , bila ada kematian depan mata atau orang terdekat , baru la rasa takut suma. jangan la macam tu. Kita ni , iman turun naik , amal tak pasti lagi boleh diamalkan setiap hari. kena sentiasa insafkan diri. kena sentiasa rasa dekat dengan Allah. kena sentiasa ada taqwa dalam hati. 

Semoga kita semua dapat mencari dan menggapai redha Allah. Insya'allah :)

#Semoga roh arwah Yasmin binti Johan Eusoffe ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiin.

Wassalam