Saturday, July 7, 2012

Marah

Assalamualaikum.
siapa yang marah2 ni..? kenapa marah2..? tahu tak kalau kita layan je perasaan marah tu , syaitan makin besar dalam diri kita ni. bila marah menguasai diri macam2 boleh berlaku. antaranya : 1. Degupan jantung akan meningkat. 2. Otot menjadi tegang. 3. Tekanan darah meningkat.  4. Pernafasan tidak menentu. 


Jangan terlalu dilayan perasaan tu. Ada yang simpan perasaan marah tu selama setahun , sehinggalah menjadikan stress dalam diri. Bila dah macam tu , macam2 kita tak boleh nak fokus. ok , jom kita tengok antara cara-cara macam mana nak tenangkan diri supaya perasaan marah ni , beransur hilang.

Solat
Solat ni banyak fadhilatnya. bila kita jaga solat lima waktu , insya'allah ia akan memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Berzikir
Bertasbih , bertahmid , bertakbir dan sebagainya. Berzikir itu dapat memberi kita ketenangan jiwa sepertimana ada disebut di dalam satu ayat surah ar-Ra'd 'ketahuilah dengan zikrullah itu , tenang tenteramlah hati manusia'


Al-Quran
Amalkan mendengar dan membaca ayat-ayat Al-Quran. jika tak keberatan , dihayati sekali maksudnya. Dengan mengamalkan perkara2 ni , insya'allah jiwa akan jadi tenang. Al-Quran itu adalah penawar kepada segala penyakit minda

Berdoa
Perbanyakkan doa , memohon ampun dan berserah kepada Allah. mungkin selama hari ni , dah terlalu banyak dosa sehingga kita jadi gelisah dan tak menentu. ditambah lagi bila marah , perasaan tu akan menjadi-jadi walaupun halnya taklah sebesar mana.

Kesimpulannya , bila datangnya marah itu , cubalah mendekatkan diri kepada Allah. Allah itu sentiasa ada untuk kita. Sentiasa ada untuk hamba2Nya. Ingatlah kalau kita rasa keseorangan dan tiada apa2 lagi , Allah itu lebih dari cukup. Allah itu yang paling berkuasa. Tiada bandingan. Mohonlah segala-galanya dari Allah. merintihlah kepada Dia. Allah suka mendengar rintihan hamba2Nya.

Credit juga untuk page ni. Dekat sini , korang boleh jugak jenguk2 untuk tengok cara2 hadapi atau tangani marah yg lain :)

Tips 1
Tips 2