Friday, June 15, 2012

dah jumpa ke belum??

Assalamualaikum. hari ni and today , kita cakap pasal mencari pasangan hidup yang insya'allah akan berkhawin dengan kita *adalah tu yang nak cakap aku gatal nak kawen la , xsabar nak kawen la , miang laa. aku tak kisah k. biasalah orang cool cam aku. haha Kenapa nak cakap pasal ni? *eh2. suka hati aku la. blog sape ni?  Sebab usia semakin meningkat. walaupun kita ni muda lagi , ajal maut bukan datang time kita dah tua bangka je k *agak2 peserta kilauan emas , terasa x? Andai dah ada calonnya , tapi kalau asyik ditangguh je perkhawinan tu , mana tahu esok lusa Allah dah amik nyawa tu. Dah terlepas satu sunnah nabi. So , kawen cepat2. Dah ada calon , jangan tunggu lama2. ^_^

Kita mesti la nak yang bakal jadi pasangan hidup kita nanti , baik sifatnya , baik luar dan dalam dan baik segala-galanya. Semua orang impikan camtu. aku pun nak yang macam tu kalau boleh TAPI kena ingat , tiada siapa yang sempurna. tiada yang perfect. dan tidak akan ada pun melainkan hanya Dia yang menciptakan kita. hanya Dia yang sempurna segalanya2nya. Oleh itu , kalau baru cantik sikit , baru hensem sikit , baru menang contest Hero Remaja ke , Dewi Remaja ke , jangan bangga. *eleh , cam la aku tak tahu sape2 yang menang tu. mesti bangga tahap ghaban punya kan? :p Awak2 tu , xcantik mana pun. xhensem mana pun. Allah baru bagi sikit je tu k :)

Ok , lari topik. Berbalik kepada tujuan asal entry ni ye ;)




Haaa. dah baca kan? pergi je cakap. tak salah pun perempuan yang rasa gentle nak gi cakap kat laki tu. pergi je , kalau dah jumpa orang cam Ustaz Azhar Idrus ni cakap , xkan dia nak maki plak kan? Kalau betul la dia seorang lelaki yang soleh , dia xkan mengasari perempuan. kan. kan. Kalau dia cakap , "eh , xmalu ke? awak tu perempuan. perempuan plak yang cari lelaki". haaa, time tu kalau korang yang berjantina perempuan tu nak belasah laki tu , gi je la. nampak lebih gentle dah gagah tau *jangan buat , aku tipu. :D
Ala , tolong la. jangan malu2 ye cik adik manis semua. tak payah la nak malu2 sangat. Cool la sikit *macam aku. bhahaha Malu bertempat jugak la kan. tapi , kalau dah tak tahu malu takpun hilang dah urat2 malu tu , aku pun rasa cam nak maki kau. haha. Jadi gentle yang aku maksudkan , macam Siti Khadijah melamar Nabi Muhammad. tengok, sweet je. so cooolll. hihi. 



Haaa , ni lagi satu gambar kata2 daripada Ustaz Azhar Idrus , rasa cam banyak perkataan dalam gambar ni. Bacalah k. Aku setuju je dengan apa yang beliau cakap ni. Kalau tengok dalam drama2 kat dalam TV tu * tak kan kat luar TV plak , tengok siapa yang memberontak kalau anak dia nak kawen , Si Mama dia kan? Si Papa dia duduk la diam atas sofa baca surat khabar *padahal tengah ingat skrip , dialog lepas tu apa plak. cam aku tak tahu. xde maknanya baca surat khabar tu. heh Tapi aku yakin , benda2 ni memang ada terjadi dalam dunia sebenar. Si Papa ikutkan je lah perangai bini dia nak buat itu buatlah , nak buat ini pun buatlah. Kalau nak solat , solat lah , kalau xnak solat sukahati lah. haaaa , itu ke neraka lah kau jawabnya sebab tak menunaikan tanggungjawab. Jangan takut bini ye bro2 sekalian. This is not good you know? haha.

Yang Si Mama tu pulak , jangan la nak ikut hati je nak kawenkan anak dengan orang yang dia dah pilih.Ni tak, dah cop awal2 dah. padahal , anak orang tu baru je lahir. ape la.. Kalau dah baik budinya , seorang yang menjaga agama Allah , insya'allah. tak rugi punya dapat menantu macam tu ^_^

Haaa. aku suka ayat last tu. aku cam nak try ayat last tu. pastu mak aku pun jawab " pe kata kau masuk dulu , nanti mak follow" ataupun tau2 aku dah ada dalam almari. haha. Kalau korang rasa nak try boleh gak , nanti bg feedback kat sini. mana tahu berjaya. Selamat mencuba..! *eh..



1 comment: