Friday, June 15, 2012

dah jumpa ke belum??

Assalamualaikum. hari ni and today , kita cakap pasal mencari pasangan hidup yang insya'allah akan berkhawin dengan kita *adalah tu yang nak cakap aku gatal nak kawen la , xsabar nak kawen la , miang laa. aku tak kisah k. biasalah orang cool cam aku. haha Kenapa nak cakap pasal ni? *eh2. suka hati aku la. blog sape ni?  Sebab usia semakin meningkat. walaupun kita ni muda lagi , ajal maut bukan datang time kita dah tua bangka je k *agak2 peserta kilauan emas , terasa x? Andai dah ada calonnya , tapi kalau asyik ditangguh je perkhawinan tu , mana tahu esok lusa Allah dah amik nyawa tu. Dah terlepas satu sunnah nabi. So , kawen cepat2. Dah ada calon , jangan tunggu lama2. ^_^

Kita mesti la nak yang bakal jadi pasangan hidup kita nanti , baik sifatnya , baik luar dan dalam dan baik segala-galanya. Semua orang impikan camtu. aku pun nak yang macam tu kalau boleh TAPI kena ingat , tiada siapa yang sempurna. tiada yang perfect. dan tidak akan ada pun melainkan hanya Dia yang menciptakan kita. hanya Dia yang sempurna segalanya2nya. Oleh itu , kalau baru cantik sikit , baru hensem sikit , baru menang contest Hero Remaja ke , Dewi Remaja ke , jangan bangga. *eleh , cam la aku tak tahu sape2 yang menang tu. mesti bangga tahap ghaban punya kan? :p Awak2 tu , xcantik mana pun. xhensem mana pun. Allah baru bagi sikit je tu k :)

Ok , lari topik. Berbalik kepada tujuan asal entry ni ye ;)




Haaa. dah baca kan? pergi je cakap. tak salah pun perempuan yang rasa gentle nak gi cakap kat laki tu. pergi je , kalau dah jumpa orang cam Ustaz Azhar Idrus ni cakap , xkan dia nak maki plak kan? Kalau betul la dia seorang lelaki yang soleh , dia xkan mengasari perempuan. kan. kan. Kalau dia cakap , "eh , xmalu ke? awak tu perempuan. perempuan plak yang cari lelaki". haaa, time tu kalau korang yang berjantina perempuan tu nak belasah laki tu , gi je la. nampak lebih gentle dah gagah tau *jangan buat , aku tipu. :D
Ala , tolong la. jangan malu2 ye cik adik manis semua. tak payah la nak malu2 sangat. Cool la sikit *macam aku. bhahaha Malu bertempat jugak la kan. tapi , kalau dah tak tahu malu takpun hilang dah urat2 malu tu , aku pun rasa cam nak maki kau. haha. Jadi gentle yang aku maksudkan , macam Siti Khadijah melamar Nabi Muhammad. tengok, sweet je. so cooolll. hihi. 



Haaa , ni lagi satu gambar kata2 daripada Ustaz Azhar Idrus , rasa cam banyak perkataan dalam gambar ni. Bacalah k. Aku setuju je dengan apa yang beliau cakap ni. Kalau tengok dalam drama2 kat dalam TV tu * tak kan kat luar TV plak , tengok siapa yang memberontak kalau anak dia nak kawen , Si Mama dia kan? Si Papa dia duduk la diam atas sofa baca surat khabar *padahal tengah ingat skrip , dialog lepas tu apa plak. cam aku tak tahu. xde maknanya baca surat khabar tu. heh Tapi aku yakin , benda2 ni memang ada terjadi dalam dunia sebenar. Si Papa ikutkan je lah perangai bini dia nak buat itu buatlah , nak buat ini pun buatlah. Kalau nak solat , solat lah , kalau xnak solat sukahati lah. haaaa , itu ke neraka lah kau jawabnya sebab tak menunaikan tanggungjawab. Jangan takut bini ye bro2 sekalian. This is not good you know? haha.

Yang Si Mama tu pulak , jangan la nak ikut hati je nak kawenkan anak dengan orang yang dia dah pilih.Ni tak, dah cop awal2 dah. padahal , anak orang tu baru je lahir. ape la.. Kalau dah baik budinya , seorang yang menjaga agama Allah , insya'allah. tak rugi punya dapat menantu macam tu ^_^

Haaa. aku suka ayat last tu. aku cam nak try ayat last tu. pastu mak aku pun jawab " pe kata kau masuk dulu , nanti mak follow" ataupun tau2 aku dah ada dalam almari. haha. Kalau korang rasa nak try boleh gak , nanti bg feedback kat sini. mana tahu berjaya. Selamat mencuba..! *eh..



Thursday, June 14, 2012

Akhirnya

Assalamualaikum :)

Dah berapa puluh ratus kali plan nak jumpa , nak jumpa tapi tak jumpa. sejak dulu lagi. sejak tiga tahun yang lalu. akhirnya , Allah bagi jugak pertemuan tu. Alhamdulillah :')

Siapakah? Nurul Ain Hussin empunya badan. rindukan dia. dia pun rindu aku gak. HAHAHA. ok , tu lebih. haha. malu2 sey kawan aku ni masa mula2 jumpa. haha. Dialah antara sahabat yang bila teringat dia , akan mengingatkan aku dekat Allah. Dialah sahabat dunia , dialah sahabat akhirat. Insya'allah :')



ain dan tittew :p

berjumpa kami sebab nak gi kenduri kakak syikin. ain turun seremban semata2 nak gi kenduri tu dan jumpa kami2 je tau. semalam dari johor , hari ni gi kenduri , esoknya dah balik ke johor. thanks ain :)

and this is 4 of us :)


syikin , ain , atika , tittewww 

xpayah nak tittew sangat la kan.bhaha. dewannya biru , habis semua gambar pun biru jugak warnanya. haha. kena bagi edit baik punya la gambar2 tu nanti. haha.

ok , tak tahu nak cerita dah , till we meet again , friends. i'm gonna miss them :')

bawah ni, entry yang ain dah tulis , sepanjang perjalanan dia nak jumpa kitorang. hikhik



----> bila satu dorm nak berkumpul balik ? <----

tata ;)





Wednesday, June 13, 2012

kawenn?

Assalamualaikum :)

kenapa kawen ? siapa kawenn? AIN la ni *nama kau di type lagi. kuang2. ada ke tanya aku , nak kawen dah. cett. tapi kalau sampai seru , boleh saja. hehe. member2 aku yang lain pun cakap aku tak sabar nak kawen sebab post kat FB pasal2 kawen je. eh sengal masing2. bukan tak sabar nak kawen. nak kawen awal tapi bukan sebab yang xelok. Insya'allah sebab elok. elok kawen awal. meraung2 syaitan tu nanti. haha.

guess what? aku dah cakap ngan mak aku , aku nak kawen. haha. mak aku tanya dah ada calon ke belum. haa. tiba rasa cam anak tekak aku tersangkut plak biji durian time tu. tak mampu meneruskan perbincangan. haha. dah ada ke belum? masih di atas pagar. aku sendiri tak tahu sebenarnya :)

tapi nanti aku kawen , aku nak semua member2 aku ada. datang tau. tak kira , korang datang gak. kot tak putus kawan :p haha. Kalau masih diberi nyawa sampai jodoh tu , insya'allah aku terima :)

p/s : sorry coz , tak sempat2 lagi nak jenguk blog2 korang yang kat dalam chatbox tu. 

Monday, June 11, 2012

I'm coming..!

Assalamualaikum. Mmm. kali ni , tiada maaf akan dipinta atas kelewatan yang sangat terlewat sebab tak update blog. SEBAB. AIN cakap , bila aku update blog je , "sorry lambat update. dah memang kau lambat pun..! " ok , tu kelakar. haha. ain mana? ain mana entah. kalau ain yang dimaksudkan baca blog aku , sila terasa. HAHA

Hadirnya aku disini , sebenarnya aku masih tak tahu nak update apa tau. aku nak update intro kat atas ni je sebenarnya. penting bagi aku. haha. kejap laa. FB jap. XD

1 jam kemudian :D
ahha..! aku dapat dah. aku nak cakap sikit je pun. Aku tak puas hati dan sakit jiwa tengok peserta2 Pentas Kilauan Emas tu. alahai , sedeh pun ada -.-  Dah kenapa ek , diorang umur2 dah lanjut pun nak masuk benda tu? Dibuatnya tengah terkinja kinja atas pentas tu , roboh pentas tu. haaaa. hambikk kau. Tak caya? gi la tengok iklan kat TV tu haa. alahai.. Eeeee. entah apa2 la. Cuba la bersyukur sikit Allah tu dah lanjutkan usia tu, tak meninggal awal. patutnya usia2 camtu kena la lagi dekatkan diri awak tu dengan Allah. bukan terjerit terlolong macam tak pernah jumpa mikrofon. Bukan la aku sakit jiwa dengan Pentas Kilauan Emas tu bermakna aku senang hati tengok Mentor , Akademi Fantasia yang muda2 lagi tu. Ohhh. Tiada maknanya. tengok pun tak. i tak layan laa. haha. :p TAPI...! haaa. ada tapi kan. haha. kalau lagu sedap2 , aku download , aku dengar dikala tengah boring2 , mengantuk tu. haa. layan. hihi

Dah la , xtau nak cakap apa. bye. haha.

#aku rindu dia *tiba2. suka hati laa. wekkk :p