Sunday, January 22, 2012

Dunia tanpa internet

Hello peeps..! Hari ni akhirnya datanglah idea untuk mengupdate blog. Hakikat yang sebenarnya malas. haha.

Ok. apa jadi kalau dunia tanpa internet? Tanpa encik Google , tanpa Facebook , tanpa Twitter , tanpa Blog , tanpa Shopping Online , tanpa Email dan tanpa semua benda yang menggunakan internet.. Ye. Cuba bayangkan.  Mesti setiap hari posmen hantar surat kat rumah punya. Berita pun mesti lambat tahu, paling cepat pun baca surat khabar je lah. Yela, segala info kebanyakannya cari kat internet. Kalau ada apa2 berita pun kat Facebook kan , macam yang terbaru ni arwah Izwan Pilus meninggal. Aku tahu kat Facebook. Haa.. Assignment plak, camne? Selalu Google je kan. Kalau tak ada internet , maybe ramai yang ada kat library , masing2 bertimbun dengan buku.. Haha

Kan.. Maklumlah sekarang kebanyakkan bergantung dengan internet. Dengan download lagu , movie , software dan macam2 lagi. Macam mana orang dulu2 agaknya kan. Tapi alhamdulillah , mereka boleh je hidup.. Boleh je ramai kawan walaupun tak ada Facebook dan lain2 kan.. Kita ada ramai friendlist Facebook pun tak tentu lagi berkawan semuanya tu kan.. haha.. Lagi.. Wahh.. nak beli secara online bagai.. camne tu? Kalau2 xada kredit , takkan nak hantar surat kan.. kalau tak tu , post je kat wall dia.. "Wey , sorry la aku tak ada kredit. Kita chat kat sini je lah"..Pastu masa2 terluang korang yang 5 , 6 jam untuk Facebook , Twitter dan lain2 tu nak buat apa? Waa.. bayangkan2.. Dunia Tanpa Internet..

Adakah akan terjadi seperti ini ? .....




Gambar2 ihsan dari encik Google.. ;)

# Bila kita dah kembali ke rumah kekal ( kubur ) , lagi la tak ada apa2.. Elektrik pun tak ada inikan internet.  Betul2 gelap masa tu. Mana boleh nak bawak lilin atau pelita. Amal kita je yang boleh tolong kita nak terangi 'rumah' tu nanti. :)

Taking Care
;)

Monday, January 16, 2012

Ishh.. Tak Baik Laa

Apa yang tak baik? tiba2 je kan.. :)
Hari ni balqis nak jadi baik sikit lah dalam entry ni.. Lagipun dah lama tak update kan.. :)

Ok. berbalik kepada tajuk , apa yang yang dimaksudkan sebenarnya? Benda ni yang paling aku tak suka nak dengar. Dan aku cuba elakkan. Yang dimaksudkan adalah mencarut. Mungkin ada yang kata benda ni kolot , macam lah aku bagus sangat atau sebagainya. Suka hati. Tapi ni ikhlas dari hati aku. Muhasabah diri aku sendiri jugak :) 

Yang paling selalu aku dengar , orang suka sangat sebut2 binatang ni.. memang famous tahap gaban dah aku rasa. Memang ketinggalan lah kalau korang tak kenal binatang ni.. haha. Babi. Apa lah istimewa sangat babi tu? rupa pun tak lah comel mana. Tapi memang dah menjadi kegemaran orang suka sebut2 binatang ni kan..Ye , maybe favourite colour pink.. Tapi... Untung lah.. haha..

Korang taknak try ke sebut haiwan2 yang comel sikit kalau2 tengah bengang ke , marah ke..? at least lebih comel la daripada babi tu.. heee.. contoh kalau tengah marah, try la cakap "kau ni apesal camni perangai kau ni haaa..?!! Macam hamster..!! kau tau tak?!!" Kan sweet gitu.. * cam sengal pun ada. haha

tu.. alalala. comel lettew.. haha

Banyak lagi perkataan2 mencarut ni.. Tapi yang ni je yang boleh aku hujahkan kat sini . Dan ni kiranya antara yang paling famous la.. Yang pasti aku tak suka la dengar babi tu disebut2.. Sorry dan maaf kalau ada yang terasa. Pendapat aku sendiri.. Korang try la famouskan hamster plak.. Mesti aku suka nak dengar.. Hee

Taking Care
;)



Friday, January 6, 2012

BukanRayuan


.. .. ..

Perlukah aku give up? 
Jangan.. Belum masanya.. dan jangan pernah give up, Balqis.. 
Be strong..
Aku berserah kepada takdir.
Semoga Allah memberikan yang terbaik buat aku.
Amin. 

#  i'm not happy  :'(


Sunday, January 1, 2012

:: Words ::

Biarkan yang lalu terus berlalu dan biarkan yang akan datang terus mendatang
Semoga hari-hari mendatang akan jadi lebih bermakna buat diri ini
:D

Taking Care :)