Monday, November 28, 2011

Go Green

Hello people.. I'm Back.. Well.. I would like to say thank you very much to Malaysia team cause 'fight' for our country yesterday in football game Olimpik London versus Bahrain.. Thanks again.. * mendatar sangat ayat



*kembali kepada Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan hoho

Aduhai Malaysia. Suka la kecewakan aku.. Time dah dua gol , aku dah sangat2 yakin yang Malaysia will win this game .. Apakan daya.. Tapi terer ar pasukan Bahrain.. Giler Kentang.. Masukkan 3 gol dalam masa 6 minit je... Perghh!! Terbaikk.. ;) Takpe Malaysia.. Keep trying next time ok.. :)

------------------------------------------------------------------



yang ni sangat comel..  ^_^
restaurant ni cantik oh

Penat membaca blog2 menarik hari ni.. Dari pagi aku baca dan kini baru selesai membaca dan sedang mengupdate blog.. Dan antara berpuluh blog ini antara yang menarik.. Sempoi pluss Smart pluss teruja.. haha.. Aku suka benda2 pelik macam ni.. Hanya perasaan suka kepada benda pelik ataupun aku memang pelik , aku tak tahu.. Tapi aku sangat2 dan sangat suka lah benda2 yang lain dari yang lain yang pastinya.. hee.. Ok.. Yang atas ni namanya konsep Go Green.. Kiranya konsep ni macam menyelamatkan alam sekitar la.. Ok apa.. sampai dalam rumah pun boleh buat ni.. Kalau nak tahu lebih banyak pasal Go Green , boleh la search kat Mr.Google.. Kat blog yang aku baca tu just hidangkan banyak gambar yang macam kat atas ni la.. Haa.. Kepada pemilik blog.. Maaf copy gambar.. Hee.. 

Ok.. Sampai sini je dulu.. Banyak2 tulisan karang , bosan pulak nak baca.. k.. 

Take Care
;)

Saturday, November 26, 2011

Durian Oh Durian

Kenapa dengan durian.. Nak bagitahu ada banyak kat rumah aku * bangga sangat plak.. Rumah dikelilingi pokok durian kan.. haha.. Ada yang jeles tak bagi hantu2 durian di luar sana? Hihi.. Tapi ada yang tak heran pun sebab diorang tak suka sangat diorang dan memang hate kan buah durian * apalah salah durian tu kat korang Pelik lah kenapa tak boleh bau durian tu.. Hee..

Kat rumah aku ni , ceritanya sehari gugur dalam 4 , 5 biji jugak.. First2 ada rasa bahagia jugak tau.. Ye la.. Orang lain nak durian kena beli kot.. Kat rumah aku ni la yang orang kata "Durian Runtuh" .. Hehe.. Tapi sampai sekarang dah banyak sangat la pulak.. Mak aku dah mula gelisah camne nak makan durian banyak2 tu.. Sampai dah sedekah2 kat orang la durian tu sebab penat makan punya pasal.. Sedekah kat orang , hambik 10 biji sekali.. Haha.. Semoga menikmati la durian2 tu ye.. ;D


* ada plak baldi simen tu. tak semenggah betol -.-

Masa awal2 hari tu memang la banyak ni je.. Sekarang dah berganda.. Hoho.. Meh la sapa2 nak makan durian free.. Anda dijemput hadir.. :D Durian akan dihidangkan dari pelbagai jenis (species).. ;)

Take Care
;)

Thursday, November 24, 2011

Malaysia vs Syria

Salam sayang buat semua .. ;D


First sekali nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada pasukan Malaysia kerana dah berhempas pulas semalam lawan dengan pasukan Syria.. Dah habis separuh masa pertama masih 0-0 .. Cuba tengok diorang main macam mana.. Masing2 belum sempat sampai kat gol , dah patah ke tengah balik.. Aku pun terfikir , maybe ni pun penalti jugak nanti.. Sangkaan meleset bila , Syria mendahului 1-0 pada minit ke 52.. Adoiii.. Haha.. Tapi aku masih berharap gol pertama daripada pasukan Malaysia... Masa tinggal 10 minit je lagi , takde jugak Malaysia masukkan gol.. Aduhai..Dan bila gol kedua menjadi milik Syria dengan takde satu pun gol dari Malaysia , aku pasrah dah time tu.. Hahaha..

Its ok Malaysia.. Kalah menang adat pertandingan.. Bukan namanya pertandingan kalau semua jadi juara.. Kan ;). . Harapan aku , semoga pasukan Malaysia dapat perform yang terbaik pada hari ahad ni bertemu dengan pasukan Bahrain.. Do your best ok.. :)

# Jangan la kecewakan aku cam semalam.. Panas muka aku tengok Syria dah masukkan dua gol..*cam aku plak main :p

Ok , bai.
Take Care 
;)

Wednesday, November 23, 2011

Roti Goreng


# my breakfast menu 

Tadaaa... Ini namanya roti goreng.. Sedap tau ... Favourite ni * padahal baru first time makan
Cuba lah.. Tiba2 terasa nak cuba resipi baru * resipi la sangat dan ini lah yang terhasil.. Actually * bukan xbleh nak tulis 'sebenarnya' ada 3 ketui yang hangit tapi telah selamat dicampak ke tempat pembuangan..
Try la kalau teringin k * kot taknak sudah :p
Kalau tak sedap jangan marah aku plak k.. Aku tak bersalah dalam hal ni.. *kau yang buat xsedap kot hihi

Ok lah.. Aku rasa aku dah nak mula merepek ni.. Aku taknak teruskan hasrat aku ni sekarang *maybe lain kali je
Ok semua.. Selamat maju jaya.. Majulah sukan untuk negara *memang ada kena mengena nak goreng roti tu. Ok bai!

~ Taking Care ~
;)

Tuesday, November 22, 2011

As Though

First.. Nak mintak maaf sebab ada entry2 yang tak sepatutnya ada kat blog ni.. Actually , blog ni dulunya untuk  diri sendiri.. Baru2 ni je post pasal benda sekeliling... Sorry kalau ada yang terbaca entry yang tak sepatutnya di post.. Aku pun baru teringat.. Itu pun ada orang ingatkan... Post2 yang dimaksudkan , dah xada lagi dalam blog ni dan dah selamat di campak ke gaung.. Heee... Dan rasanya dah cukuplah merapu sampai sini.. Ngee~

Second. Nak wish Congratulation!!!  kat pasukan Malaysia sebab dah berjaya merebut takhta juara daripada pasukan Indonesia *semangat bai.. Pasukan Indonesia jangan nangis2 ok *buruk ghoman(rupa) ea.. Chill.. Kalah menang adat pertandingan k..  Rakyat Malaysia pulak jangan terlalu bangga k..*macam dia plak yang main. Tak perlu kot nak kutuk warga Indonesia tu lebih2 k..*kutuk sikit2 dah la


Ok yang third pulak baru la kembali kepada tajuk entry pada kali ini k.. Haaa.. ini dia..;)


dance

as though no one is watching you

love

as though you have never hurt before

sing

as though no one can hear you

live

as though your soul and body is not separate


take care
;)

Monday, November 21, 2011

Takda Motif

Dalam diri ni , kita kena selalu ajar diri untuk sentiasa ikhlas dalam buat apa2 perkara* feeling lebih plak. Sekalipun tengah cakap dengan member atau siapa2 je lah..  Kenapa aku cakap macam ni?*suka hati la.. wekk Ok . . Cuba kita bayangkan member tanya apa2 kat kita , kita pun jawab nak taknak je.Buat muka masam lagi kan. Yela maybe sebab letih kan.Member memang fikir kita letih , dia jugak maybe faham..*kesah plak dia Tapi kita pernah terfikir tak kalau member tu , terasa ke , tersinggung ke dengan cara kita balas pertanyaan dia.. *aku tengah merepek ke ni? Mesti ada punya lah.. Walaupun sikit..

Try la untuk senyum walaupun nampak senyum tu paksa , tapi at least kita try gak kan.. hee :) Try gak cool , semangat time jawab pertanyaan orang , happy je dalam jawapan tu*perlu ke... Kan... Kalau tengah cakap dalam phone ke.. Apa2 je lah k.. *poyo la.. aku pun sama . Ala.. Aku try la tu.. Senyum kan.. Bukan selalu aku xde mood.. Jarang sangat kan nak tengok aku takda mood.. Haaa.. Aku tau.. Aku tau tu.. Big claps... *masing2 tengah nyampah je tengok ayat aku . Kalau tiba aku xda mood tu , memang dah sampai tahap dah tak boleh aku mengukir senyuman di wajah aku pada saat itu*ayat la plak. 


# motif entry ? Err.. Bercakap la dengan ikhlas.. Ada kena mengena tak? Heee *entah apa2 entah.nyampah aku



Sunday, November 20, 2011

:: Ayat Kursi ::

Haaa.. Apa ni? ayat kursi lah... xtau ke ayat kursi tu yang mana? *bahasa tu biarla ramah sikit ..Sayang.. Ayat Kursi tu ada dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 255 *kalau xsilap la... Ayat Kursi ni ada banyak kebaikan tau kalau kita selalu amalkan.. Lagi pun , xsusah pun nak hafal.. ;) Kat bawah ni aku letakkan Ayat Kursi k.. :)





Dan kat bawah ni pulak , kelebihan kalau kita selalu amalkan.. *copy dari fb adik aku.. ngee~ 
Pada yang dah tahu , gud2.. thumbs up.. Heee.. Pada yang belum tahu , baca lah..  ^_^

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 




# Sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan turut mendapat pahalanya sampai hari kiamat. ;)

# Senangnya nak dapat pahala :D

Taking Care
;)



Saturday, November 19, 2011

Giliran

Lama tak update blog kan.. Heee.. Tak dapat2 idea nak update blog pasal apa.. lagi2 hari tu busy sebab final exam kan.. Cerita pasal final.. Mmmm.. Susahlah exam lagi2 subject Data Structure.. Giler Kentang!!  Dush! Dush! *down kejap


Ok..Balik kepada tajuk asal.. Giliran? kenapa dengan giliran? Kat tempat aku ni haa.. Kat stesen bas , aku tak pernah nampak orang beratur time nak naik bas.. kat tempat lain aku tak tahu.. Yang pastinya kat tempat aku takdanya nak nampak orang beratur time naik bas.. Cuma sekali seumur hidup aku.. Dan itu jelah sekali.. Dan tak pernah aku nampak lagi orang beratur macam hari tu.. Aku teruja jap time tu.. Panjang kot orang beratur.. Aku punya teruja sampai nak amik gambar lagi diorang tengah beratur , tapi xdapat amik la sebab malam.. xnampak pun gambarnya.. -.-  Tapi time tu aku rasa cam cepat je sampai giliran aku nak naik bas tu walaupun beratur panjang.. Tak payah nak berebut2.. Best2! ;D Nak banding dengan keadaan yang sentiasa aku alami *ayat nak sastera je , memang tak la kan..Daripada elok2 aku rasa cam cepat je nak dapat tempat duduk , aku sedar2 je dah ada kat belakang dan orang baru datang dah naik bas.. Dan cam biasa kena lah berdiri *suka selalu berdiri , hobi o.O .Kena plak la yang seangkatan berdiri dekat2 dengan kawasan* 'kawasan' xtahan aku berdiri, mat2 bangla , mat2 indon..Memang laju je la hidung aku nak kembang kempis kan.. Perghh! Masyukk la bau kalian.. Hoho..

Aduii... Wehh.. Korang nak tahu tak.. Aku , mengimpikan kejadian beratur nak naik bas tu berlaku lagi dalam hidup aku.. Bila la nak datang disiplin dalam diri masing2.. *muhasabah diri ok  Kalau beratur , bukan lari pun bas tu.. *ade plak orang nak bawak lari kan . Kalau ada nenek2 ke atuk2 ke yang nak naik bas tu , pastu berebut2, tolak sana , tolak sini , jatuh orang tua tu, tak ke kesian kat diorang.. Kalau korang tolak2 aku ke takpe lah gak.. Pasrah je dah dalam hati aku ni haaa.. Nasib la aku ni kuat nak menahan tolakan korang tu.. *poyo la plak . Dibuatnya jadi pape, ayokkk... mula la takde sape nak mengaku kan.. Aduhai...

Bila la agak2nya nak letak papan tanda sila beratur untuk menaiki bas plak.. Haha.. Tunggu la aku bangunkan stesen bas sendiri.. Ok la.. Chaw! ;)

comel !   ^_^
budak kecik pun tahu camne nak beratur

# Comel gak kalau rakyat Malaysia nak naik bas beratur pegang bahu cam budak2 kat atas ni.. Hihi

Taking Care 
;)

Wednesday, November 9, 2011

Ya Allah...

Ya Allah..
Segala puji hanya bagi Mu...
Kuatkanlah hatiku...
Sesungguhnya aku tidak kuat untuk semua ini...
Kau tabahkanlah hati hambaMu ini , Ya Rabb..
Leraikanlah segala gundah gulana yang datang menderu dalam hati ini..
Jauhkan segala sangkaan buruk yang singgah di hati ini..
Peliharalah diriku dan orang sekeliling aku..
Rahmatilah hidup kami dan tetapkanlah jalan kami hanya kepadaMu..

Amin....

:)

Tuesday, November 8, 2011

Arghhh...!!

Aduhai Cik Balqis.. Kenapa ni? Cik ok tak? huuu.. Tak ok lah .. Tak ok.. Tak ok.. Tak ok..!. Kenapa? Sebab muka dah makin teruk.. Banyaknya accessories kat muka ni.. Oh pimple.. I hate you.. Ye... Memang tu satu anugerah Allah yang tak semua orang ada ..  Memang kita perlu bersyukur dengan segala pemberian Allah kan.. Tapi pimple ni membuatkan aku hilang keyakinan diri.. Malu kot nak bersiar siar sambil menghirup udara yang segar dengan muka yang.. erkkkk... Memang la orang tak pandang sebab siapalah aku kan.. Tapi , at least aku masih yakin dengan diri aku.. Waaaaaa... (meratapi lebih2 plak.. aku cepuk karang...) mana taknye meratapi.. Ni bukan pimple lagi dah ni.. This is 'ACNE' ... Sakit der... hahha..

Ok.. Meh bagitahu sikit macam mana adanya segalanya accessories ni... (wahh.. sempat lagi)..
  •  Stress yang sangat keterlaluan
  •  Tidak menjaga permakanan
  •  Tidak menjaga kebersihan
  •  Datang haid
  • "Cari la sendiri.. Internet kan ada" - hehe.. dah tak ingat + tak tahu la.. 


Haaaa.. Tu lah sebab2 nya datang 'dia'.. Sebab datangnya perhiasan kat muka aku ni , aku yakin adalah bukan disebabkan tidak menjaga kebersihan sebab aku ni pembersih tau.. (woi..!! poyo giler) haha.. ala.. kalau bukan pembersih pun, aku bukan lah orang yang pengotor ok.. heee.. Tidak menjaga pemakanan tu tak tahu tapi aku ada alahan la kat beberapa jenis makanan iaitu seafood dan kacang2.. Kalau makan confirm tidak lama selepas itu akan terjadi perkara yang.... ishhh.. ishhh... Heee... Tapi yang buat masa sekarang ni aku tau dah sebab apa.. 


Haaa.. Ni lah sebab dia.( ni bukan aku tau.. cantik sangat ni.. hehe). sebab tengah final exam laa... Dah la killer subject kebanyakannya..  Dah la xbanyak gap.. wooo.. tension siutt!!  ngeee


Jadinya , dah teruk la muka aku.. Tapi tak teruk sangat macam dalam gambar ni lah.. kurang.. kurang.. kurang lagi dari dalam gambar ni.. Tapi ishh.. xsuka2.. 

- Nota Untukmu - 

Wahai pimple.. boleh tak kau pergi dari hidup aku.. Aku tak suka lah dekat kau.. Aku tak perlukan kau dalam hidup aku.. Kau pergilah mana2 tempat yang kau suka.. Tak usah mendatangkan diri pada aku lagi.. Maybe kat luar sana ada banyak tempat yang lebih sesuai buat kau.. Walaupun kau dah pergi dari hidup aku, mungkin nanti aku masih teringatkan kau.. Mana mungkin boleh hilang segala kenangan aku dengan kau.. Jaga tingkah laku.. Jangan buat orang benci macam aku benci kau k.. Kesian kau aku benci kau... Tak lah.. Aku tak benci.. Cuma tak suka je.... Ok lah.. Sampai sini je.. Take Care.. 



Taking Care
;)

Monday, November 7, 2011

:: Hati :

Entry pasal hati.. Tak tahu nak describe macam mana tapi teringin sangat nak buat pasal 'hati'.. :)
Mmm... ok.. Selalu kita dengar orang cakap "Asyik nak jaga hati orang.. Penatlah! Habis hati aku ni siapa nak jaga??!!" wahh.. siap tanda seru lagi.. hee.. kan.. selalu dengar kan? Ok.. Macam ni.. Cuba kita kaitkan dengan pengorbanan.. Kita set dalam hati , kita betul2 ikhlas nak orang tu tak rasa sakit hati atau happy atau bahagia..   Tak payah tunjuk kat orang yang kita ni sakit hati demi nak jaga hati orang k..Biar orang tu tahu sendiri kalau dia ditakdirkan untuk tahu yang kita berkorban untuk dia.. Walaupun xbesar mana pengorbanan tu , maybe dia akan berfikir dan appreciate apa yang kita dah buat.. :) Selalunya , apa yang kita buat dengan hati yang ikhlas mesti akan dapat something yang more better kan.. Lagi satu , selalu2 lembutkan hati yang keras tu.. Baru la hati pun senang je sekaligus senyuman ikhlas pun akan terukir.. :)

Korang boleh baca kat link ni kalau nak tahu Tentang Hati.. klik je kat SINI. :)


~ Taking Care ~
;)

Friday, November 4, 2011

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

:: Bantuan anda diperlukan ! ::

Wahhh.. Kenapa ni? Tadi takda kerja.. So , pergi baca semua blog yang termampu untuk dibaca... Dan tiba2 jumpa satu entry dari blog BEN ASHAARI.. Actually , suka terjah blog dia sebab , semua entry dan perkataan yang digunakan setiap kali update status sangat sempoi.. :)

Ok , entry yang dimaksudkan di awalnya ialah :

image



" Rayuan Dana Masjid Pertama Hiroshima ni selama 20 hari sahaja lagi... kerana sekiranya sana terkumpul tidak mencukupi deposit mereka 18 juta yen untuk bangunan yang hendak dijadikan masjid tersebut akan hangus..." - copy dari blog BEN ASHAARI

Siapa yang mampu , bolehlah korang derma kat diorang ni... Kalau korang prihatin , korang boleh jugak sebarkan benda ni k.. :)

Kat link bawah ni, korang boleh dapatkan more information pasal ni k.. 
;)

Thursday, November 3, 2011

:: Kentut ::

Hey Guys!! Today I've got a crazy idea to update my blog.. Haha.. Nak cerita pasal kentut.. Hee.. Jangan segan2 ok.. Kita semua yang hidup di bumi ni mengeluarkan sejenis angin yang sangat dikenali dengan nama mesranya kentut.. heee...

Ok.. Let me introduce about fart atau kentut.. (sikit je la..Hee)
Antara makanan yang menjadi penyebab kentut hendak melepaskan 'diri' mereka keluar dari badan anda adalah :

  • Kacang 
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus. 
  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches. 
  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan 
  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin   
Kalau anda ingin mengurangkan kekerapan pengeluaran kentut anda , anda boleh la kurangkan makan makanan yang ada kat atas ni.. k..

Anda semua dinasihatkan jangan malu sebab kentut kerana seperti yang telah dikatakan diatas , semua orang kentut.(Wahh, macam pakar motivasi plak.. adesss.. haha). Ok? Tanpa kentut , korang tahu tak yang sebenarnya korang maybe mangalami masalah kesihatan.. Ayokkk..Tapi kalau terlalu kerap kentut pun , maybe korang ada masalah kesihatan lain.. Cepat2 pergi jumpa doktor , ok? 

Kalau korang nak tahu , kentut tu tak membahayakan nyawa pun.. Kelakar plak dengar kentut tu DANGEROUS!! Haha.. Takde lah.. Just korang malu untuk tempoh jangka masa pendek je kalau terlepas kat tengah khalayak ramai , bunyi kuat plak tambah dengan bau mantap lagi.. Tapi serious la.. Kalau dapat melepaskan angin tu , memang terasa nikmat dia kot.. Masyukk!! Hahaha.. Opss! Sorry over.. Heee.. Ala.. Relax k.. Just say sorry.. :) 

Ok.. Kat bawah ni ada beberapa perkara yang mungkin boleh buat korang hilang tension.. Klik je k.. ;)

  • Rahsia Kentut- to this blogger , sorry coz ambil rahsia kentut kat blog anda.. Hee
  • Bunyi Kentut - to readers , gambar2 dia 'kotor' skit.. Kalau tak kisah , klik je k.. 
Harap korang terhibur dengan entry kali ni.. Sorry kalau ada perkataan atau ayat yang kurang menyenangkan... 

Taking Care







Rindu

Rindu..
Pada siapa? :) Pada si dia yang bergelar bapa..

Kalau dulu walau pun jarang balik , at least dia balik.. Bila balik , walaupun tak suka sangat.. Tapi ada juga perasaan dia teringat kat anak2 dia.. Tapi sekarang dah tak ada.. Sepi rumah kat kampung tanpa kehadiran seorang bapa..

Abah ,... kakak tau abah ada family lain.. Kakak tak mintak pun abah selalu bagi duit kat kitorang , Sejak dapat pinjaman MARA , kakak tak pernah pun mintak duit kat abah kan.. Kakak tak kisah pun kalau abah tak bagi duit.. Tapi kakak harap sangat abah ingat tanggungjawab abah.. Tanggungjawab tu antara abah dengan Allah.. Kakak tak dapat nak tolong abah nanti..

Abah.. Dalam hati ni selalu tertanya2.. Kakak dan adik wujud lagi tak pada abah? Abah ingat kami lagi tak? Abah pernah terfikirkan kami lagi tak? Kakak tak cakap pape.. Tapi kalau abah teringat kat kakak , kenapa abah tak datang jenguk kakak pun kat sini.. Tempat tinggal abah dan tempat kakak belajar tak jauh mana pun.. Setengah jam je jarak.. 

Kadang2 kan abah , kakak terfikir kenapa family kita jadi macam ni.. Kakak tengok kawan2 kakak cerita2 pasal family diorang , pasal mak dan ayah diorang.. Tapi kakak cerita dan cakap2 pasal mak je.. Abah.. Kenapa kita jadi macam ni? Abah benci kat kitorang ea? Abah tak suka kitorang ea.. Kenapa tak suka kitorang? Sebab kitorang duduk kat kampung ? Tak sama dengan abah dan family lagi satu duduk kat bandar?

Hari tu first time kakak jejak rumah abah kat Damansara tu.. Kakak rasa lain.. Sebab kat situ rumah orang2 kaya.. Excited jugak mulanya.. Tapi kakak tak suka duduk rumah tu.. Kakak duduk rumah tu sebab kalau2 abah nak luang masa dengan kakak.. Tapi fikiran kakak meleset.. Abah keluar kerja petang... Balik pukul 3 ke 6 pagi.. Pastu bangun dah pukul 3 petang.. Bangun2 abah terus siap2 pergi kerja.. Abah.. Mana waktu dan masa abah untuk solat? Abah jaga2 ya.. Hidup mati kita kerana Allah.. Ajal kita bila2 je boleh sampai... Abah jangan lupa Allah tau..

Kalau ada perkara yang buatkan abah benci kakak , mak dan adik , kakak mintak maaf untuk semua.. Kalau mak ada suruh abah buat apa2 untuk kakak dan adik , mungkin mak nak ingatkan abah yang abah ada tanggungjawab.. Abah jangan marah mak  ye..

Abah.. Take care selalu ye.. Walaupun , kakak tak call abah , ada jugak ingatan kakak kat abah coz you're my dad .. Ni kakak buat entry pasal abah lagi :).. Kakak tahu abah busy..Tu sebab kakak taknak call....Lagi2 , sekarang family abah ada orang baru.. Jaga Anya baik2 ye.. Jangan abaikan dia.. Kakak percaya Anya boleh jaga abah bila dia dah besar nanti . Kakak gantikan Anya dengan diri kakak sebab kakak rasakan diri kakak terlalu jauh dengan abah..  Mmmm.. Abah , pintu taubat masih belum tertutup.. :) Kakak doakan semoga kehidupan abah dan keluarga sentiasa dirahmati Allah dan berada di jalan yang lurus.. 

 Abah tetap abah kakak..Kakak Sayang Abah.. :)





Wednesday, November 2, 2011

Cinta Sejati

Adakah cinta sejati?
Ada
Pada yang menjalani , Pada yang menghargai , Pada yang memahami
:)


Dalam pada mencintai orang yang kita sayang , jangan sesekali lupa pada Allah. 
Allah adalah perkara nombor satu dalam hidup kita dan cintalah kepada Allah melebihi segala-galanya.