Thursday, September 29, 2011

:: Satu jam ::

Apa yang satu jam? Hari ni lah. Kejap kelas cancel. kejap cancel. Kenapa tak cancel je semua? huh!! uiii. marah ke? :p Tak marah la.. Kita belajar kerana Allah k. : ) Tapi geram lah sebab dicancelkan , last minute baru bagi tahu.. Tapi balqis. chill kan. biasalah tu. ; ) so, memang datang kelas satu jam semata2. . suka tak? suka tak? suka sangat... : p haha

; )

Sunday, September 25, 2011

8 Pembohongan Ibu

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

~ Salinan ~


Saturday, September 17, 2011

::Favourite Part::

♪ Dulu kita satu jiwa. Satu impian. Susah dan senang kita bersama. Namun, itu semua. Hanya sementara. 

♪ Hanya lagu yang menjadi ingatan. Hanya lagu yang menjadi kenangan. Seandainya masa itu kembali semula. Inginku memiliki. Lebih dari itu. ♪

♪ Inilah aku apa adanya. Yang ingin membuatmu bahagia. Maafkan bila ku tak sempurna. Sesempurna cintaku padamu. 

♪ Biar cinta kita. Tumbuh harum mewangi. Dan dunia menjadi saksinya. Untuk apa. Kita membuang buang waktu. Dengan kata kata perpisahan. 


♪ Dari satu hujung ke satu penghujung berlari. Tapi hanya makin ku jalani. Jalan jalan yang sempit sekali. Imbasan warna warni cerita cerita jalan hidup kita. Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia. ♪

Sangat2 bermakna. :)

Taking Care ;)







Friday, September 16, 2011

Berkawan

Kita, kalau jadi member kepada member kita, mesti nak jadi yang terbaik kan. Kalau boleh , susah senang nak sama2. Kalau ada , masalah , seboleh bolehnya diselesaikan bersama kan. Selalu bersama kalau ke mana sahaja. Gelak tawa sama. Tapi pernah tak , dengar orang cakap, lebih baik kawan berdua daripada bertiga. atau senang cakap lebih baik berkawan dalam nombor genap. Kenapa? sebab yang diberi adalah , kalau kawan bertiga mesti salah sorang akan terasa. betol ke macam tu? Jom kita buat research kenapa..

Antara sebabnya ialah :-
* Bila A bercerita , pasti A akan panggil nama salah sorang daripada B dan C
* Bila berjalan, kebiasaannya akan berdua. Mungkin ada bertiga tapi jarang. Kalau ada pun , kejap2 sorang dah kebelakang. 
* Bila Si B jarang ada antara Si A dan Si C , mereka berdua lebih kerap bersama. Cerita yang dikongsi juga lebih banyak antara si A dan si C berbanding dengan si B.
* Tak mustahil untuk si A dan si C meluahkan apa yang mereka kurang berpuas hati tentang si B.
* Si A lebih selesa ajak si C teman ke mana si A nak berbanding si B.

Sebab2 lain , korang boleh fikir sendiri apa yang boleh berlaku. :)
Tapi hanya kajian yang dibuat. Tapi kalau tiada yang terasa atau ikatan persahabatan antara bertiga baik2 sahaja, alhamdulillah dan teruskan.. :)

Tapi , selalunya member yang baik akan sanggup buat apa je yang terbaik untuk member dia , termasuk tak sanggup menyakitkan hati member dia mesti pun dalam bergurau. Maybe kalau terlepas cakap , dia akan serba salah.  Kita semua member macam tu ke kepada member kita? Cuba kita ingat2 balik.. 

;)


Thursday, September 15, 2011

:: Cinta Kita ::




Theme song untuk satu drama di TV. Tak tengok ceritanya tapi member bagi dengar lagu ni. 
Nice song. Give me a lots of meaning. Try to listen this. Hope you will enjoy. 

:)

~ May Allah Always Bless You ~

;)

Sunday, September 11, 2011

::CINTA::


Bila CINTA kerana ALLAH, berpisah tak gelisah, bertemu tak jemu,

kerna yang diyakini menjaga CINTA itu hanya pada Tuhan yang SATU..


ALLAH Maha ESA


;)


~ Salinan ~

Saturday, September 10, 2011

Mmmm

Hye peeps. Tau tak , hari2 teringin sangat2 nak update blog. Tapi tak tahu nak tulis apa. Macam banyak sangat yang nak ditulis sampai tak tau nak tulis apa. Haha. Apa yang awak merepek ni , Cik Balqis? Haaa.. Aku dah tak nak topup dah la pasni. Haha. Kenapa? First . Sebab tu( Haha. Masing2 blur. :p ) Second sebab topup dah mahal la sekarang. Ada ke kenakan tax 6% . banyak tu. Kalau RM10 topup , 60 sen. Kalau RM5 topup , 30 sen. Banyak la jugak tu kan. Boleh berapa minit call tu. Hyep2. Jangan nak cakap aku kedekut. Aku cepuk kang. Aku ok2 je. Tapi ramai yang bising kat FB tu. Haha. Lantak la masing2. Hihi.. Semoga berjaya menempuh dugaan untuk mentopupkan nombor anda ye. Pesanan Ikhlas dari saya , Balqis Zulkifli. Haha. Poyo teramat. :p

p/s : Tak tahu nak tulis apa.. ngeee.. ;)
       ~ Taking Care ~

Wednesday, September 7, 2011

;)

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
•.♥• WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.♥•

Bawalah dia ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah dia•.♥•Perbetulkan kesilapannya•.♥•
Jagalah dia dgn baik•.♥•Kasihanilah dia•.♥•Lindungilah dia•.♥•
Berilah kasih syg padanya•.♥•Hargailah dia•.♥•
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥•Bersabar dengannya•.♥•
Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥•Jd IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥♥♥
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●



~ Salinan ~

Monday, September 5, 2011

Lagu . . .



Sejak kebelakangan ni , suka sangat dengar lagu ni.. berulang2 pun takpe.. Tak tahu la kenapa.. :(  Love this song so much..

Taking Care
:)

::Wanita::


Soalan : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang2, tiba2 je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang2 bila bangun pagi rasa sedih, kadang2 rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa!
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...!


~ Salinan daripada FB ~



:)

Sunday, September 4, 2011

Last Day

Hari ni last day cuti raya. Jap lagi dah nak balik KL balik.. Adoi. Ni yang tak suka balik kampung lama2 ni. Home sick aku bila balik KL nanti.. hehe. Aku tengah ready nak balik lah ni. Tengah tunggu makcik asnida ni haa.. Mana lah dia ni.. Singgah beraya dulu sebelum berangkat pulang.. :) as datang sama amal sayang dia laa kan.. hehe.. as.. cepat2.. pastu kita pulak pergi berjalan.. hehe.. Tata. Selamat tinggal hari raya. .. ;(

Saturday, September 3, 2011

Happy Birthday

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .
    Saya Siti Balqis binti Mohd Zulkifli , Ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada bonda tercinta Puan Hajah Endon binti Nordin yang tarikhnya jatuh pada 1 September. Semoga terus tabah mengharungi liku2 kehidupan yang akan datang. Selamat hari raya juga diucapkan kepada anda. Duit raya tiadakah? Ok lah. Tidak mengapa.Dah selalu sangat mintak. Tak pernah dapat.. :p Di sini saya sertakan kek yang saya buat sendiri dalam angan2 sahaja. Semoga dapat menikmati kek ini dengan mata anda kerana ianya tidak boleh di makan. Nak beli , birthday dah 2 hari lepas. hehe..




Ok lah , bai.. ;)


::Datang Beraya::

Waahh.. siapa yang datang beraya? Semalam budak2 ni datang beraya. Siapa? Member2 seangkatan.. semuanya 4 orang.. Lelaki semuanya..Tiga daripadanya member sejak sekolah lama lagi.. Kira boleh in lah sama diorang.. Asyik perli aku je.. Cehh!! :p Seorang lagi budak kelas kat kolej... Dia on the way dari Johor , singgah raya sebentar. Rancang nak ke rumah as pulak lepas raya rumah aku, tapi as takda kat rumah pulak.. So , terus balik je la.. Ahah.. Kepada member2 sekolah , orang datang raya bawak lemang wey.. Haha.. Thank you , kawan.. heeee... Tahun ni agak best. Bukan best beraya tapi best sebab tak ramai yang datang rumah.Mak aku buat rumah tertutup. Haha. Tak macam tahun2 sebelum ni.. Ya ampun.. Ramainya sekali datang. Naik lumpuh tangan aku kejap nak basuh itu , basuh ini , kejap2 air habis.. Yang tambah lagi tak best , bila umah dah ramai , aku terpaksa lah duduk ke dapur.. termanggu sorang2.. kesian kan.. Haha.. Kalau member2 aku tak apa lagi.. Masalahnya , semua anak murid mak aku tau.. Rasa cam nak duduk dalam bilik je.. Tido lagi best... ZZZzzzzzzzz... :p .. Ok lah , macam mana raya tahun ni? Tak meriah mana pun. Hari raya first je yang penuh rumah wan aku. Dan macam biasa lengang macam hari2 biasa. Tu la sebabnye , aku tak berapa nak suka pun kalau time hari raya.. :) Haha. Poyo betul ayat.. Tata..

:)