Wednesday, August 3, 2011

Aku

Sukar untuk kenali diri sendiri
Terasa ada sahaja perkara yang dilakukan tak kena
Takut ada perkara yang di lakukan melukakan hati orang lain

Hati ini ingin dimiliki dan memiliki
Tapi terasa bagai terlalu sukar untuk dipenuhi ,terlalu awal untuk difikirkan
Biarkan , masa akan tiba pasti

Tatkala hari-hari yang dilalui terasa indah sekali
Dalam keindahan yang dirasakan bagai ada secebis hati yang sepi
Ingin mencari kebahagiaan yang hadirnya kadang kala dan terus berlalu pergi

Luaran sentiasa nampak bahagia di samping teman-teman setia
Walau adakalanya terlihat kesedihan atau ketiadaan mood 
Maafkan. . Kenapa perlu terpamer wajah itu?

Datanglah suka , cerialah hati
Pergilah duka , tenanglah hati
Damailah wahai hati


:)










No comments:

Post a Comment